AHLANWASAHLAN

Monday, 1 September 2014

Kau dapat result Pointer Berapa?



Asalamualaikum...keep calm and zikrullah...
zaman di kampus tidak terlepas daripada study,assignment,presentation dan lain-lain lagi...Bila keputusan periksa dah keluar masing-masing  ada yang bertanya...
"pointer kau berapa?"
yang bertanya tentu-tentunya dapat yang cemerlang supaya orang tanya dia balik.Tetapi ingat...ada kawan kita yang tidak senasib dengan kita...pointernya rendah..Mesti dia malu dengan kawan-kawan untuk memberitahu.

Pointer itu mencerminkan kita?

Dia dapat Dekan.Hebatnya Dia.Tiap-tiap semester dapat dekan.
1)Ada yang pandai dan akhlaknya baik,Tidak suka menunjuk ,Tolong kawan-kawan kesusahan.
2)Tetapi ada setengah orang Pandai tetapi sombong , dia rasa dia semua betul ,kalau group yang melibatkan presentation dia nak budak yang pandai-pandai jee (golongan ini golongan istidraj)

Ada juga golongan sederhana yang cuba fight untuk dapat yang terbaik,ada juga yang tidak mengambil kisah tentang resultnya dan ada juga yang tidak rajin.Ada juga yang belaja je tetapi tak join program.Macam-macam keadaan kita akan nampak.

Btw ini adalah pendapat saya.

"Pointer bukan segala-galanya"
Bukannya saya kata tak perlu belaja bersungguh-sungguh untuk dapat dekan ,tetapi ini pendapat saya.
Saya pernah dengar abang dan kakak usrah,senior kat kampus yang dah habis belaja dan telah bekerja kata

"Masa interview dan alam pekerjaaan dia tak tanya kita dapat pointer berapa,yang dia tengok adalah kualiti kita berkomunikasi dan kepimpinan kita macam mana"

jadi ,nasihat saya kita sekarang di dalam kampus...kita bukan lagi pelajar sekolah.Kalau pelajar sekolah dia memang tengok result dan kemudian keluar dekat UPU.Kalau keutusan kita kurang baik ,kita akan ketinggallan,Tetapi bila dah masuk zaman kampus ni lain,kita kena lebih proaktif.Kena join persatuan,organisasi dan kelab yang ada kerana selepas habis belajar mestilah kita nak dapat kerja.Untuk mendapatkan kerja mestilah kena interview dan dari situ dia dapat lihat bagaimana dengan kemahiran insaniah kita.

Murabbi saya sentiasa berpesan bila dah duduk di alam kempus JANGAN JADI MACAM

"kefe"
"katil"
"kuliah"

1)Janganlah jadi bila berada di kampus lepas kuliah dan kemudian kafe dan katil.Jadilah insan yang sibuk dengan mengikuti persatuan dan kelab kerana dengan join semua ini automatik kemahiran insaniah kamu akan lebih bertambah.

2)Janganlah jadi kejarkan assignment dan study je sepanjang masa tanpa mengikuti mana-mana kelab dan persatuan.Join persatuan dan kelab adalah sangat penting dalam masa peringkat universiti atau kolej. 

3)Jangan ikut orang lain,yang penting kita ada pendirian.

4)Biar kita tak sehebat orang lain hanya pointernya bagus tetapi tiada join mana-mana persatuan dan kelab,Tetapi kita join dan sibuk menghabiskan masa dengan persatuan dan kelab sebab biasanya jika kita ikut persatuan dan kelab kita akan lebih banyak tolong orang dan sedekah tenaga kita.Mana tahu satu hari nanti Allah akan tolong kita balik ,dia akan mudahkan kita semasa habis belaja.

5) Yang paling penting,Join usrah.Jika kamu kos agama ianya menjadi modal untuk kamu praktikan dan amalkan.Jika kamu bukan kos agama ,inilah masa untuk mendapatkan ilmu agama yang ada pada diri.

Akhir kalam,jadilah insan yang boleh "memberi" sesuatu pada orang lain dan bahagiakan orang lain.Rapatkan Ukhwah dengan semua orang.Moga-moga Allah bantu.




Monday, 25 August 2014

Perjuangan Membuatkan kita kuat

Perjuangan memerlukan pengorbanan
Tanpa mujahadah tiadalah perjuangan
Aku memasukinya bukan sebab orang-orang ada di dalamnya
Tetapi di sebabkan Allah.


Cerita bermula daripada aku memasuki program Perkampungan Menara Gading PMG'12,pada umur 19 tahun..Semasa sekolah dahulu ,aku tidak pernah aktif dalam program,apatah lagi persatuan...Tetapi dengan bermula program yang pertama ini,aku terus tertarik untuk mengikutinya...Pada mulanya aku memang suka-suka ikut program ini supaya masaku habis dengan aktiviti berfaedah...Tetapi tiada ku sangka,Allah takdirkan aku teruskan berjuang...

Setiap kali ada program aku join.Antaranya PMGK,Rehlah dan yang paling penting usrah.Usrah aku join sebab aku rasa banyak benefit yang boleh meningkatkan identiti diri aku.Dengan usrah juga aku dapat tahu "siapa aku"..aku buat semua ini kerana Allah.Aku yakin pada Allah persatuan ini tidak akan mensia-siakan hambanya pada masa hadapan.


Akhir usrah sem1 terima ksih akak-akak dan abang-abang yang sudi meluangkan masa.
Tanpa ku duga,akak-akak mempelawa aku jadi exco dalam persatuan ini.Pada mulanya memang aku berat hati ,tetapi aku ingin mencuba,mencuba benda yang baru.Insya Allah ,Allah akan tolong.
#exco biro dakwah dan Tarbiah.
Majlis Pelantikan MPAT KPIJ 2014.(16/082014)


Bangun dengan memberikan sokongan

Akhir kalam,Nur Shafikah akan sentiasa doakan akak-akak dan abang-abang supaya berjaya mahupun di dunia dan diakhirat.Semoga bahagia dan dapat apa yang di impikan.Terima kasih kerana Take care dekat shafikah.

#salam uhibbuki fillah..
#salam perjuangan.
Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ).
Hidup Biar Berjasa!







Saturday, 23 August 2014

Bila Berkata Tentang Jodoh..



Jodoh....
Itu semua Rahsia Allah...
Tidak Perlu yang hensem atau Cantik..
Tidak Perlu yang hartawan...
Tidak Perlu yang berpangkat..
Cukup hanya dengan AGAMANYA...
Jika dia ada keteria hensem ,hartawan,berpangkat juga tidak mengapa..
Yang penting AGAMANYA yang boleh membawa kita ke syurga...

Ramai yang mengejar dan merancang tentang JODOH ini...
Tetapi perancangan itu telah ditukar oleh Allah...
Kita tak tahu...
Cuma kita hendaklah memperbaiki diri sebelum tahu siapa dia...
Cari ilmu,Tambahkan ilmu,mantapkan iman,Kuatkan tarbiah diri...
Insya Allah jodoh kita sama dengan kebaikan diri kita..
...

Sebelum kita Allah menemukan jodoh kita kelak..
Apa yang kita perlu buat?
Memperbaiki diri,cukup solat,tutup aurat, dan ...
yang paling PENTING...Bahagiakan ibu bapa dan family kita...
Sebab ibu bapa kita yang jaga kita dari kecil hingga dewasa...
Balaslah pengorbanan mereka yang tidak terhingga...
Gembirakanlah hati mereka...
Kerana keredaan mereka juga terletak kepada keredaan allah juga...
Dan bila Allah dah menemukan jodohmu...
Saat itu tanggungjawabmu akan bertambah,,,
Dan kamu tidak akan dapat fokus dekat parents..
Saat itu pasti parents dan family akan reda kepadamu 
kerana sebelum itu kamu dah membuat mereka gembira..
Insya Allah kamu akan bahagia di dunia dan Di Akhirat..Amin...


*wanita patut belajar taat kepada ibu bapa sebelum kawin supaya terbiasa hingga selepas kahwin.. Peace..:)

Thursday, 7 August 2014

Mujahadah Mujahidah :)







Biar tidak mengikat agar tidak terikat,
Bukan mudah nak terpikat,
Bukan mudah juga nak terima hakikat,

Namun aku pasrah,
Hati ini milik Allah,

Jangan sedih dan mengalah,
Ujian adalh lumrah,,
Hanya akur dan berserah,

Jangan sedih duhai hati,
Hatimu akan dimiliki,
Seoran insan bernama suami,
Mencari redha Ilahi,
Hingga firdausi..:)

by : rafidahhusin

Monday, 14 July 2014

Tip Cara Belajar Yang Berkesan mengikut VARK

Saya nak kongsikan sesuatu,..Kalau nak tahu selama ini saya belajar dengan cara yang salah.Ekh bukan cara yang salah,Tetapi cara belajar yang kurang berkesan,Tetapi setelah saya mengikuti ujian VARK ni ,saya dah tahu cara belajar saya yang  berkesan.Alhamdulillah..Ini semua berkat saya jumpa kaunselor..

Sebelum ini saya belajar dengan membaca buku diatas meja memanjang..tetepi sepatutnya itu bukan cara saya yang paling berkesan.Saya jenis orang yang belajar melalui praktikal dan tidak perlu membaca dan duduk di atas meja lama-lama...Selepas saya ikut ujian VARK ini,baru saya sedar,cara belajar saya ikut diri saya salah..Patutlah saya tengok orang lain tidak belajar banyak lebih dari saya tetapi dah dapat result yang bagus dan lebih hebat dari saya semasa sekolah dahulu.Bila Saya masuk Universiti Baru saya tahu cara saya belajar yang berkesan...saya juga rasa rugi baru tahu sekarang..tetapi Alhamdulillah saya dapat tahu juga bagaimana cara saya hendak belajar nanti dan saya akan gunakan sehingga akhir hayat saya...

Ok ..kalau nak tahu boleh juga ikut ujian ini dari internet...
Buka Link ini.. :  http://www.vark-learn.com/english/page.asp?p=questionnaire

Ok...mesti keluar gambar di bawah...
         STEP 1)
                                          kemudian boleh tukar bahasa,Jika tak nak menggunakan 
                                         bahasa english untuk jawab soalan.

            STEP 2)Dah jawab soalan klik bahagian OK...


          STEP 3) Itulah keputusan Cara Anda belajar yang paling sesuai ...Yang Paling tinngi markahnya        itulah yang paling sesuai...


Kemudian Jika anda Tinggi bahagian visual itu anda boleh klik visual yang kat bawah...Sama juga yang lain itu panduan cara anda belajar dengan lebih berkesan...

SELAMAT MENCUBA
 Jika Ada Pertanyaan boleh komen di bahagian bawah...

SEMOGA BERMANFAAT (^-^)

Friday, 11 July 2014

Selamatkah negara kita? Jom luangkan 10minit sahaja..

Salam Ramadhan semua!
Saya ingin kongsikan sesuatu..



JOm luangkn msa 10 mnit....... PErsatuan melayu murtad or IFC International forum council sudah dilulus registrn n x kuar newz.
 Sila cari majalah millenium: ASTAGHFIRULLUHA'AZIM MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~ DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!.. persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!.. Injil telah dicetak & di edar... IFC buat RoadshoW besar-lbesaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam).... gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama... Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. 
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk binca ng di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan. 
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
 9) Mana-mana pasangan yang. Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Mil lenium Muslim Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'... Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai boleh nak buka! ---------------------------------------------------------------
 **SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM copy paste jer... Allahhuakbar..nauzubillah Kengkawan...mohon sesama cr kebenaran cite ini..somput dada baca kalu btui...copy dr group sebelah..tgh hangat depa berdebat pasai ni Nak tanya kekwn ada dpt msge ni tak. ....takut nyer. ..nauzubillah. ...





Sumber: From facebook...
Anda fikir negara kita selamat...Allah masih memberi kita masa untuk bertaubat dan tanda Allah sayang dekat kita...Sungguh ...Dunia hampir Akhir zaman...Adakah anda telah bersedia untuk menempuhinya?Kita ni ummat akhir zaman yang penuh dengan dugaan macam ni...Jika akidah kita tidak kuat,habislah seluruh diri kita iaitu melanggar perintah Allah...Sebab itu kita harus mempelajari agama islam dengan betul..yang penting kita tidak akan tinggal solat 5 waktu sehari semalam..Negara Malaysia diuji dengan kemewahan,masaalah sosial seperti penzinaan,...Kemewahan yang Allah bagi pada rakyat Malaysia itu tanda Allah menguji kita,antara kita bersyukur dengan nikmatnya atau tidak...Jangan sampai Kita lupa pada Allah,kemudian Allah marah pada kita dan Allah turunkan bala pada kita  sepeti bencana..Dan pada saat itu baru kita sedar dan bersyukur...
Pada bulan Ramadhan ini juga kita digempar-gempurkan dengan peperangan israil di gaza...Allah menguji umat islam di sana dengan peperangan...Mereka sangat dekat dengan Allah Kerana sentiasa meminta pertolongan dari Allah.KIta Allah menguji kesenangan,mudah ke nak ingat Allah?kebanyakannya ramai yang terleka.

''Allah menguji di bumi palestin dgn peperangan...
Kita diuji dengan masaalah mcm ini.(kemewahan,masaalah sosial)..
Kalau di bumi palestin berjuang untukmati syahid dalam peperangan...
Apapula tindakan kita untuk berjuang di negara kita untuk mempertahankan islam?
Itu semua memerlukan tepuk dada tanya iman....''


Saturday, 5 July 2014

Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita



KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?
QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” -Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....” -Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12