AHLANWASAHLAN

Saturday 13 February 2016

LIMA NASIHAT UNTUK PASANGAN MUDA

LIMA NASIHAT BUAT PASANGAN MUDA.
Melihat tingginya kadar perceraian dikalangan pasangan yang baru berkahwin, rasa amat gerun dan sedih. Ikatan perkahwinan seolah satu permainan, seolah nikah cerai ini benda yang boleh dibuat main-main, apatah bila bercerai atas sebab-sebab yang amat remeh.
Ketahuilah, dalam banyak keadaan, perceraian tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambah lagi masalah, tambah-tambah jika telah mempunyai anak, kesannya bakal berlanjutan puluhan tahun, bahkan mungkin memakan generasi.
Ada lima perkara yang saya ingin kongsikan berkenaan perkahwinan, terutamanya buat pasangan muda. Bukan kerana rumahtangga saya yang terbaik, tapi atas dasar nasihat menasihati agar kita semua menjadi lebih baik.
Pertamanya, rancang kewangan dengan cermat, sebelum dan selepas perkahwinan, kerana terlalu banyak pasangan yang bercerai kerana masalah ini. Elakkan berbelanja terlalu besar untuk majlis perkahwinan. Bawa berbincang dengan ibu bapa tentang hantaran dan kenduri kendara, tambah-tambah dalam kegawatan ekonomi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Sederhana adalah kunci bahagia.
Selepas berkahwin, hiduplah seadanya. Tidak mengapa jika masih tidak mampu berkereta atau tinggal di rumah yang tidak ada perabot yang lengkap. Mungkin pada 6 bulan pertama, terpaksa tidur hanya di atas toto dan duduk-duduk pun di atas kerusi plastik. Jangan terjebak dengan pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit hanya untuk memuaskan nafsu dan membeli barang-barang yang masih belum mampu dimiliki.
Insya-Allah, lama kelamaan, hidup akan lebih stabil, jika kena caranya. Cuma perlu ada kekuatan untuk hidup sederhana dan lasak pada awal-awal perkahwinan.
Kedua, terimalah pasangan seadanya. Bersabar atas kekurangannya dan sama-sama berganding bahu menambah ilmu untuk menjadi lebih baik. Suami ada kelemahan dan isteri juga ada kelemahan, jangan mengharap sempurna dari pasangan atau membanding-banding dengan suami/isteri orang lain, bahkan jangan sesekali membanding-banding suami/isteri dengan ayah/ibu sendiri. Itu pantang yang cukup besar dalam rumahtangga.
Awal-awal perkahwinan, isteri mungkin tidak berapa pandai memasak dan suami juga masih belum memahami emosi si isteri. Jadi, banyak bersabar dan memaafkan, insya-Allah, buah dari kesabaran dan kemaafan adalah rasa manis dan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ketiga, masuklah dalam rumahtangga dengan minda untuk memberi dan berbakti, bukan untuk menerima. Jangan terlalu awal menuntut hak itu dan ini, andai kita sendiri masih belum cukup berbakti kepada suami/isteri dan anak-anak. Tidak ada salahnya suami mencemar duli melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri penat dengan pelbagai tanggungjawab dan tidak ada salahnya juga isteri mengeluarkan wang untuk belanja asasi keperluan rumah. Jangan berkira atau ada sifat kedekut dengan pasangan dan anak-anak.
Dalam zaman di mana suami dan isteri sama-sama bekerja, perlu lebih banyak ‘give and take’, namun jangan sampai tugas-tugas asasi suami dan tugas asasi isteri ini terbalik hingga suami gagal memberi nafkah dan isteri pula tidak mengurusi keluarga dengan sebaiknya. Buruk padahnya nanti.
Keempat, jaga hubungan dengan mertua, tapi, jangan sampai terlebih-lebih pula kerana campurtangan mertua juga adalah antara punca besar keretakan rumahtangga. Elakkan dari tinggal bersama mertua kecuali jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sangat. Banyak masalah hubungan dapat dielakkan jika tidak tinggal bersama atau terlalu dekat dengan mertua.
Suami perlu ada pendirian agar ketaatan kepada ibu ayah tidak dijadikan alasan untuk menzalimi isteri. Isteri juga perlu faham bahawa ketaatannya adalah pada suami, bukan lagi pada ayah dan ibu sendiri, namun begitu, ia bukan lesen bagi suami untuk bermudah-mudah dalam hubungannya dengan mertua sebelah isteri. Keseimbangan dan kebijaksanaan dalam berdiplomasi adalah kuncinya.
Kelima, dan yang paling penting, binalah taqwa dalam rumahtangga. Dengan adanya taqwa dan hubungan yang erat dengan Allah, rahmat Allah mudah untuk turun dalam rumahtangga. Bila turunnya rahmat dalam rumahtangga, mawaddah akan hadir menghiasi hubungan antara suami dengan isteri.
Amalkan solat (sunat) berjemaah bersama-sama di rumah, bangun tahajjud, pergi ke majlis ilmu dan tadabbur Al Quran bersama-sama. Elakkan unsur-unsur lagha di dalam rumah, jauhkan rancangan-rancangan televisyen yang merosakkan dan hiburan-hiburan yang melalaikan. Bina suasana seperti masjid di dalam rumah, insya-Allah, bahagia akan menjadi milik kita.

#copypaste from FB 
SHARING IS CARING

TIPS TEMUDUGA YANG ANDA PERLU TAHU

7 perkara calon temuduga perlu tahu. Perkara ini banyak calon temuduga tidak tahu.


1. Penemuduga menilai anda dari mula anda submit resume, jawab email, jawab telefon dan jawab SMS. Kalau jawab email Bahasa Inggeris dengan jawapan Bahasa Melayu pun majikan sudah potong markah, kalau kita beri salam dan anda jawab "siapa ni ye? ada apa?" dengan nada yang tidak sopan pun anda kena potong markah. Kalau call 3 kali tidak berjawab memang sah anda tidak layak untuk hadir interview. Bila anda sudah mula mencari kerja, belajarlah menjawab telefon dengan baik dan expect setiap number yang masuk di telefon anda adalah orang yang hendak panggil interview. Tidak susah kan?

2. Penemuduga akan tengok Facebook atau Instagram anda. Kalau anda privatekan akaun anda kebanyakkan bakal majikan tidak suka. Bakal Majikan mahu "kenal" anda sebelum anda datang interview. Maka buanglah gambar anda berpeluk sakan dengan boyfriend/girlfriend, padamlah gambar-gambar yang mengaibkan, deletelah posting-posting anda yang berunsur provokasi, mencarut, mengarut dan menyumpah seranah sipolan sipolan. Anda mencerminkan diri anda di media sosial. Jangan lupa GOOGLE. Kalau ada tulisan buruk tentang anda di mana-mana blog, forum, facebook ke apa ke dan kami jumpa, susahlah anda. Jadi jaga diri baik-baik.

3. Penemuduga menilai anda sejak mula anda datang. Lewat 5 minit potong markah. Awal 30 minit tambah markah. Cara ketuk pintu pun kami beri markah. Cara anda tarik kerusi pun kami tengok. Malah cara anda salam tangan penemuduga pun kami sudah boleh baca siapa anda. Jika anda beri jawapan atau bercakap seperti ini "Selepas saya terima panggilan daripada pihak Puan, saya terus cari lokasi di GPS dan semalam saya sudah datang. Untuk pastikan saya tidak sesat hari ini" - penemuduga akan tambah markah sebab anda rajin dan komited. Good job!

4. Penemuduga tidak sibuk tengok transkrip anda, dan file tebal anda pun. Penemuduga mahu dengar suara anda, jawapan anda. Lenggok gaya bahasa tubuh dan tutur bicara anda. Suara macam semut memang kami tidak dengar, suara macam penyanyi funfair kami tidak mahu dengar. Belajarlah "bercakap".

5. Penemuduga tengok penampilan anda. Maaf cakap, ada yang datang dengan seluar ketat, baju ketat macam bungkus pisang, tudung singkat nampak dada dan belah dada, kasut high heel 6 inchi macam nak buat catwalk, baju warna-warni bunga-bunga macam mahu pergi Mid Valley, pakai skirt ketat belah tepi, duduk bersilang kaki, kuku dicat merah, rambut pacak setinggi KLCC, jambang dan misai ala ala Wak D*****, gaya hipster memang NO NO NO. Paling kami tengok ialah gigi, ada yang bergigi kuning kesan rokok atau lupa gosok gigi, bulu hidung tidak dibuang, bau badan (aduhai). Jangan ingat majikan tidak nampak.

6. Penemuduga sudah buat research tentang syarikat tempat anda buat internship atau bekas majikan anda dahulu. Penemuduga biasanya akan tanya tentang pengalaman kerja tempat lama dan soalan bonus "Kenapa berhenti kerja di syarikat XXXX?" Kalau anda start jawab dengan memburukkan syarikat lama sebagai sebab anda cari kerja lain atau anda berhenti kerja, anda kena potong markah. Sebab kalau anda buruk-burukkan majikan lama , kami pasti anda akan burukkan syarikat yang sedang interview anda pula bila anda berhenti kerja nanti. Rahsia syarikat jangan dibuka walaupun anda sudah berhenti kerja. Jawab sahaja dengan baik dan beri jawapan "Saya mahu mencuba sesuatu yang baru bla bla bla"

7. Tinggalkan bilik interview dengan menolak kerusi dengan baik. Jangan bangun dan biarkan kerusi tidak disusun. Saya selalu jumpa calon bangun, tolak kerusi sehingga berbunyi kuat, meninggalkan bilik interiew tanpa mengucapkan terima kasih . Susah sangat ke hendak cakap "Terima kasih saya ucapkan kepada Puan XXXX kerana beri saya peluang untuk hadir temuduga, saya mendoakan kejayaan yang berterusan buat syarikat ini. Assalammualaikum"..fuh, sejuk hati penemuduga. Apalagi, tambah markah malah siap beri offer gaji lebih dari yang anda minta
Salam Sayang
#copypast for sharing