AHLANWASAHLAN

Friday 8 February 2013

DENGARLAH WAHAI TEMAN-TEMANKU SAYANG..


 
 
 
 
 
 
 
 
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,dengan sebaik-sebaik kejadian,
Cuma amalan manusia ini berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tangugung natijahnya.

 
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang pada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokkan semata-mata?

Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalanya,
Kelak disana rendah darjatnya.
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang dengan air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga dengan diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekatnya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
 
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takut pada tuhan,
Oleh itu ,tekatkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..

“you are the best ummah” (al Imran:110)

“sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi allah adalah orang yang bertakwa”(al-hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

“ya tuhan kami ,berilah kami kebaikan di dunia dan di akhiratdan peliharalah kami dari azab neraka”(al baqarah :201)

Ketinggian seseorang kerana iman,

“janganlah bersikap lemah ,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamu lah yang paling tinggi darjatnaya,jika kamu orang-orang yang beriman”(al Imran:139)

Lantaran itu carilah reda allah ,

Dengan melakukan sebaik – baik amalan

Usaha x(darab) istaqamah – (tolak ) malas/masa + yakin,

Asas kejayaan,

“allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”(ar-ra’d:11)

“jikalau mereka bersungguh – sungguh reda dengan apa yang diberikan oleh allah dan rasul-nya ,sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada allah,(tentulahyang demikian itu lebih baik bagi mereka)”(at-taubah:59).

 

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

Bakal mengangkat darjatmu di sisi-nya,

Jika kau reda ,sabar dan terus berusaha,

Tapi,kau sememangnya bodoh ,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana kau pasti kau gagal menderita,

Tiada penilaian pahala dari-nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia – siakan amanah berharga.

 

Temanku ,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang ,

Dan tidak pernah ada kesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

Dan mara berlari kencang ,

Mencipta taufan.

Berjuanglah temanku sayang,

Tanpa mengenal penat dan jemu,

Biar hidup kita dengan usaha,

Kelak kita akan dimulia,

Jika tidak di dunia ,

Nun di syurga.

DENGARLAH WAHAI TEMANKU SAYANG


Temanku…

        Sesunggunya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disanyangi,bukanya diciptakan kepala untuk dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijakdan di jadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu ,kau umpama SEKUNTUM BUNGA yang mana HaRuM ArOmaMu bisa MeNaRiK perhatian si KuMbAnG untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin MeNyErAh DiRi pada si KuMbAnG?

         Renungkanlah pada KeInDaHaN BUNGA MAWAR yang UngUL terjaga DiPaGarKan DuRi sebagai BeNtEnGnYa.Dari kejauhan keharumannya mencari perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan .Namun ,lantaran pagaran duri yang BeRbIsA itu ,Sang KuMbAnG TeRtUnDuK kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan  ia berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

TEMANKUU…..

          Akuilah hakikat kejadianmu yang menjadi PeLeMaH ImAn LeLaki.Seandainya pakaian malu kau tanggalkan dan batasan aurat kau pandang sembarangan ,jadilah dirimu SEkUnTuM BuNgA yang indah TAPI SAYANG tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.Sesungguhnya utusan allah ada MeNgAtAkAn tentang Bahayanya dirimu….

     “Tidak ada fitnahyang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita”Adakah kamu hendak menjadi penyebab terhadap terhumbanya lelaki ke neraka?

Ingatlah temanku sayang,

Igatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihatnya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan yang terdedah.Yang tertutup itu lebih indah!Alangkah baiknyajika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus ,suci,mahal dan berhargabuat kumbang yang terpilihyang telah dijanjikan allah buatmu.Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredaan allah,bertunjangkan ilmu kebenaran ,bersulamkan akhlak penuh menawan.sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.

    “wanita baik itu adalah untuk lelaki yang baik”

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI BIDADARI SYURGA…