AHLANWASAHLAN

Showing posts with label origanal. Show all posts
Showing posts with label origanal. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Tip Cara Belajar Yang Berkesan mengikut VARK

Saya nak kongsikan sesuatu,..Kalau nak tahu selama ini saya belajar dengan cara yang salah.Ekh bukan cara yang salah,Tetapi cara belajar yang kurang berkesan,Tetapi setelah saya mengikuti ujian VARK ni ,saya dah tahu cara belajar saya yang  berkesan.Alhamdulillah..Ini semua berkat saya jumpa kaunselor..

Sebelum ini saya belajar dengan membaca buku diatas meja memanjang..tetepi sepatutnya itu bukan cara saya yang paling berkesan.Saya jenis orang yang belajar melalui praktikal dan tidak perlu membaca dan duduk di atas meja lama-lama...Selepas saya ikut ujian VARK ini,baru saya sedar,cara belajar saya ikut diri saya salah..Patutlah saya tengok orang lain tidak belajar banyak lebih dari saya tetapi dah dapat result yang bagus dan lebih hebat dari saya semasa sekolah dahulu.Bila Saya masuk Universiti Baru saya tahu cara saya belajar yang berkesan...saya juga rasa rugi baru tahu sekarang..tetapi Alhamdulillah saya dapat tahu juga bagaimana cara saya hendak belajar nanti dan saya akan gunakan sehingga akhir hayat saya...

Ok ..kalau nak tahu boleh juga ikut ujian ini dari internet...
Buka Link ini.. :  http://www.vark-learn.com/english/page.asp?p=questionnaire

Ok...mesti keluar gambar di bawah...
         STEP 1)
                                          kemudian boleh tukar bahasa,Jika tak nak menggunakan 
                                         bahasa english untuk jawab soalan.

            STEP 2)Dah jawab soalan klik bahagian OK...


          STEP 3) Itulah keputusan Cara Anda belajar yang paling sesuai ...Yang Paling tinngi markahnya        itulah yang paling sesuai...


Kemudian Jika anda Tinggi bahagian visual itu anda boleh klik visual yang kat bawah...Sama juga yang lain itu panduan cara anda belajar dengan lebih berkesan...

SELAMAT MENCUBA
 Jika Ada Pertanyaan boleh komen di bahagian bawah...

SEMOGA BERMANFAAT (^-^)

Friday, 27 June 2014

Hatiku Milikmu?



best tengok video ni...Teringat dekat seseorang...Ujian itu memang bila2 akan datang...Biarlah sekarang aku jaga diriku sekarang ..Cintakan perjuangan,Cintakan Allah dan Rasul...Aku hanya mampu boleh mendoakannya...Kalau ada jodoh tidak ke mana.. :') Jika benar apa yang kamu katakan dahulu...aku hanya tunggu saat itu..
Jagalah dirimu ,jagalah imanmu,jagalah hatimu.. semoga kamu akan mendapat pasangan yang baik..Seperti dalam firmannya :
Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."








Untuk video yang kedua pula..Wahh sunguh menarik video ni..kreatif pula itu..let's go watch this video... :') Alhamdulillah..


Wednesday, 25 June 2014

Bagaimana hendak menguruskan ujian yang allah beri pada kita?

Setiap manusia akan diberi ujian...
Dan setiap ujian yang Allah bagi pada hamba-hambanya adalah berbeza...
Sedar tidak sedar ada 2 Ujian yang Allah beri pada kita.Pertama, Ujian Musibah yang Allah beri pada kita.Kedua,Allah memberi nikmat kepada kita tetapi kita tidak menggunakannya dengan betul..


Ujian yang Pertama 1) Allah memberi Musibah kepada kita.


  Ingatlah sahabat-sahabat Allah memberi ujian musibah kepada kita tanda Allah sayang kepada kita.Allah hendak kita lebih dekat kepada dirinya.Saya beri contoh , kita dapat sambung pelajaran kemudian kita dapat subjek susah , dan kita susah nak score dalam pelajaran ,itu juga dikira ujian buat kita.Sama juga kita bekerja kadang-kadang majikan marah kita dan tidak memahami keadaan kita Ataupun kita buka business kemudian business kita jatuh .Allah hendak melihat kita bagaimana kita menempuhi ujiann pada kita.Adakah kita putus asa?Adakah kita dekat pada Allah dan mengadu padanya?Ingatlah sahabat-sahabat setiap ujian yang Allah beri pada kita pasti ada hikmahnya.Bila kita ditimpa kesusahan sedarlah ada orang lagi susah daripada kita. Ingat bahawa kita masih hidup dengan sempurna,masih ada kaki ,tangan,masih boleh bergerak cuba kita fikir balik orang yang kesusahan kepada negara - negara yang berperang seperti di Palestin,Syiria? Adakah mereka boleh menuntut ilmu dengan tenang macam kita?Adakah mereka boleh bekerja bergerak dengan bebas setiap hari seperti kita?Allah musahabah balik bila teringat pada mereka.Cuba banyangkan kita ditempat mereka.
Maka jika Allah memberi musibah jangan putus asa berdoa pada Allah,dan jangan putus asa untuk bankit semula.


Ujian yang kedua 2) Allah memberi kita nikmat adakah kita mengunakannya dengan betul dan sentiasa ingat Allah?


    Banyak Allah memberi nikmat kepada kita antaranya kita dapat sambung pelajaran di Univesiti ,kolej,politeknik dan lain-lain adakah kita manfaatkan semua peluang itu dengan memuntut ilmu dan menunaikan tanggujawab kamu sebagai pelajar?Adakah kita ini pergi sambung belajar untuk bersuka - ria??Dan bangga apa yang kita ada.Kemudian kita berjaya dan kaya dengan ada duit yang banyak,adakah kita yakin kita akan ingat Allah sentiasa, kita tidak sombong ,bongkak  dan kita akan sentiasa menolong orang dalan kesusahan dan sebagainya.Allah.Sedarkah atau tidak Allah sentiasa memberi nikmat kepada orang yang negaranya aman dan makmur.Cuba banyangkan berapa banyak Allah memberi nikmat kepada kita pada setiap hari?ada atau tidak nikmat yang Allah bagi?Sekurang-kurangnya kita dapat makan...Jangan sampai Allah tarik balik nikmat yang Allah beri dengan memberi kita ujian musibah,baru kita hendak sedar dan bersukur.
    Kesimpulannya,kita hendaklah bersyukur setiap pemberian dan ujian daripada Allah.Kita hendaklah ingat yang Allah sentiasa disisi kita.

Terima kasih kerana sudi membaca