AHLANWASAHLAN

Tuesday 13 May 2014

PENGORBANAN SEORANG BAPA



REFLEKSI HUJAN

Ayahku seorang pendiam .Walaupun dia nampak tidak mengambil tahu tentang anak-anaknya,tetapi dia 

sayang anak-anaknya cuma dia tidak tahu untuk menunjukkan kasih sayangnya.Saya anak sulung dari tiga 

beradik.Jadi  saya menjadi contoh kepada adik-adik.Kejadian ini terjadi semasa saya tingkatan 2 dan saya 

bersekolah di Sekolah Menengah Agama .Hari Ahad yang indah dan cuaca yang redup aku 

bersiap-siap untuk balik ke Asrama.Walaupun hati macam tak nak balik ke Asrama,tetapi cuba

 merelakannya.Aku pakai baju sekolah,tudung labuh berwarna putih dan kasut sekolah berwarna hitam 

dengan beg sederhana besar.Di sebabkan rumah saya bahagian pendalaman dan bas jarang ada di kawasan

 kampung ,ayah bercadang akan menghantar saya ke asrama.Keluarga saya tidak mempunyai kereta dan 

Cuma ada hanya motor sahaja.Saya cuba menguatkan hati dan niatkan kerana Allah.Ayah menghantarku 

pada jam 4 petang.Sesuana cuaca redup sahaja.Tiba-tiba dalam perjalanan hendak pulang ke asrama,pada

 mulanya hujan reyai-reyai sahaja.Ayah meneruskan juga perjalanan ,habis baju saya dah basah sikit akibat 

kereta lalu di sebelah dan langgar lecak. Kemudian,hujan semakin lebat . Ayah memberhentikan motor dan 

berteduh di bawah kedai runcit.Tunggu berapa minit hujan reda.Kemudian hujan lebat balik,dan ayah 

berhentikan motor dan berteduh.Saya hanya mendiamkan diri.Beberapa kali teraksa berhenti dan 

jalan.Dalam hatiku berkata “kalau ada kereta kan best...Tidak mungkin akan jadi macam ini...”Tetapi saya 

tidak pernah merungut depan ibu bapaku kerana saya faham ibu dan ayah bukannya orang senang seperti 

orang lain.
        Setibanya di Asrama dalam jam 5.30 petang saya melihat ramai kawan-kawan semua dihantar oleh 

keluarga mereka dengan kereta.Saya turun dari motor dan ayah memberi duit RM30 dan berkata “cukup 

tak ni”.Saya hanya menjawab “cukup” .Kemudian saya salam ayah,terus ayah pulang.Lepas saya masuk di 

asrama,dalam beberapa minit saya melihat di luar,hujan lebat.Aku terfikir mesti ayah basah kuyup.


        Sejak dari peristiwa itu,saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh untuk

 mengubah nasib keluarga.Tidak lama kemudian keluarlah berita tentang pelajar cemerlang iaitu Nik Nur 

Madihah.Kemudian saya jadikan idola saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan.