AHLANWASAHLAN

Monday 11 March 2013

Best bacalah :)



MESTI BACA..

ISU SEMASA!

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si

teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya

Bapa G : oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.

Teruna : segan cik. Hehe

Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu G : eh. Apa ayahnya ni

Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti

Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa G : boleh takda masalah

Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa G : kalau boleh 20 ribu

Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu cik?

Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki

Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?

Bapa G : itu kenalah Tanya maknya

Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?

Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu G : boleh sikit-sikit kot

Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.

Ibu G : kenapa?

Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

(Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala.)

Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).

 

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa G : serius lah sikit.

Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

 

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,

aku redha dan akan terus bersama mu,

ku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar,

 

Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

U**M university yang orang kata sosial??


 

Ilmu adalah cahaya yang menyinari setiap manusia.jika seseorang yang banyak ilmu dan diketogerikan pandai mesti ramai yang berbangga padanya sebab itu saya menyamakan ilmu itu adalah cahaya…university adalah tempat kita menuntut ilmu….tapi saya ada terdengar ura-ura berkata yang university U**M ni sosial….

saya ramai kenalan daripada university U**M tersebut...

Setelah saya masuk sebuah instituti kemahiran ambil jahitan saya dapat berkenalan seorang akak (A) dan dia agak rapat dengan saya….

Akak (A) daripada U**M di shah alam dan baru habis diploma akaun…kalau saya nak tahu apa-apa tentang U**M saya tanya je pada dia,pasti dia boleh jawab…kadang-kadang saya terdengar perkataan-perkataan yang pelik-pelik keluar dari mulutnya saya tidak tahu..dan kadang-kadang juga saya terdengar perkataan B*D*H dan lain-lain…

Dia kata dia dulu pernah sek agama SMKA tapi semasa tingkatan satu dan dua,lepas itu berpindah di sekolah biasa….

Dia orangnya biasa-biasa je…tapi pada saya dari segi cara dan pemakaian dia belum lengkap kalau dikatakan betul-betul konsep menutup aurat…dia kata pada saya nak masuk U**M ni boleh tapi sosial sikit la…kena pandai jaga diri…

 

Satu hari saya pergi satu program perkampungan menara gading untuk masa depan kita nak ke mana daripada lepasan sekolah…

Fasilatator yang diberikan semua daripada universiti2 tempatan….semasa dalam program tersebut saya baru lepas makan dan ternampak kawan-kawan sedang berborak dengan akak (B) yang agak comel  dan pakai tudung agak labuh dari saya…saya cuba mendekati mereka dan cuba meramahkan diri…macam-macam saya Tanya dengan akak (B) ni…

Saya:nama akak ?

Akak A: …………….

Kawan kawan saya kata:akak ni comel kan…huhuhu…

Dalam hati saya akak ni memang comel pun…

Saya :akak sekarang belajar kat mana? Dan ambil kos apa?

Akak (A):akak belajar kat U**M di shah alam ambil kos pentadbiran dan koperat….

Saya:owh….saya ada ramai kawan kawan dari U**M macam akak…

Akak (A): ye ke??

Saya:yalah…tapi kak kenapa saya tengok tak ramai pun daripada U**M macam akak ikut program islamik macam ini…dan ada juga orang kata U**M ni social..

Akak (B):yalah ….memang orang cakap U**M macam akak ni sosial tapi tak semestinya tempat yang social kita jadi social…

Tengok juga pada diri kita…kita nak apa dalam hidup ini…

Tidak semestinya akak tidak ambil kos agama akak tidak boleh pakai tudung labuh….tidak semestinya kita tak ambil kos agama kita tidak boleh cari pelajaran agama….betol tak?adik-adik ni dulu daripada sekolah mana??

Saya dan kawan-kawan menjawab: maahad *****

Akak (B):untungnya adik-adik daripada sekolah da masuk sekolah agama,dekat dengan agama…akak ni dulu bukan daripada sekolah agama tau…dulu akak sekolah biasa je…akak berubah pun sejak masuk U**M ni…cuba fikir macam mana akak boleh berubah juga kat U**M sedangkan orang cakap social…tidak semestinya…kita kena tengok diri kita sendiri juga….

Saya dengar dengan terpegun,terasa pun ada…tapi kata-kata akak itu memang betul saya setuju sangat….

Daripada program yang saya pergi itu telah mendapat sedikit pengalaman dan persediaan jika saya masuk universiti suatu hari nanti…di mana-mana pun kita berada ,kita kena kuat dan jaga iman…walaupun tidak sampai satu jam berbual dengan akak (B) tapi saya da dapat input yang banyak yang memang tidak boleh dilupakan…             J

 

cinta allah :)


Sekiranya kita cinta akan manusia

, Tidak semestinya manusia cinta pada kita,

 TETAPI Sekiranya, kita cinta kepada allah

 Nescaya cinta allah tiada penghujungnya,

 Sekiranya,

Kita cinta pada manusia ..

Kita akan cemburu kepada orang yang Mencintai orang yang kita cintai

TETAPI SEKIRANYA kita cinta kepada allah

 kita akan turut mencintai orang yang Melabuhkan cintanya kepda allah juga...

YA ALLAH... Andainya dia adalah jodoh Yang ditetapkan olehmu kepadaku....

Maka campakkanlah ke dalam hatinya Cinta kepadaku adalah keranamu...

 Dan campakanlah ke dalam hatinya Cinta kepadaku adalah keranamu...

 NAMUN... Andainya dia bukanlah jodoh yang Ditetapkan olehmu kepadaku

Berikanlah aku kekuatan agar pasrah Dalam mengharungi ujian

 Yang kau berikan kepadaku...