Setiap manusia akan diberi ujian...
Dan setiap ujian yang Allah bagi pada hamba-hambanya adalah berbeza...
Sedar tidak sedar ada 2 Ujian yang Allah beri pada kita.Pertama, Ujian Musibah yang Allah beri pada kita.Kedua,Allah memberi nikmat kepada kita tetapi kita tidak menggunakannya dengan betul..
Ujian yang Pertama 1) Allah memberi Musibah kepada kita.
Ingatlah sahabat-sahabat Allah memberi ujian musibah kepada kita tanda Allah sayang kepada kita.Allah hendak kita lebih dekat kepada dirinya.Saya beri contoh , kita dapat sambung pelajaran kemudian kita dapat subjek susah , dan kita susah nak score dalam pelajaran ,itu juga dikira ujian buat kita.Sama juga kita bekerja kadang-kadang majikan marah kita dan tidak memahami keadaan kita Ataupun kita buka business kemudian business kita jatuh .Allah hendak melihat kita bagaimana kita menempuhi ujiann pada kita.Adakah kita putus asa?Adakah kita dekat pada Allah dan mengadu padanya?Ingatlah sahabat-sahabat setiap ujian yang Allah beri pada kita pasti ada hikmahnya.Bila kita ditimpa kesusahan sedarlah ada orang lagi susah daripada kita. Ingat bahawa kita masih hidup dengan sempurna,masih ada kaki ,tangan,masih boleh bergerak cuba kita fikir balik orang yang kesusahan kepada negara - negara yang berperang seperti di Palestin,Syiria? Adakah mereka boleh menuntut ilmu dengan tenang macam kita?Adakah mereka boleh bekerja bergerak dengan bebas setiap hari seperti kita?Allah musahabah balik bila teringat pada mereka.Cuba banyangkan kita ditempat mereka.
Maka jika Allah memberi musibah jangan putus asa berdoa pada Allah,dan jangan putus asa untuk bankit semula.
Ujian yang kedua 2) Allah memberi kita nikmat adakah kita mengunakannya dengan betul dan sentiasa ingat Allah?
Banyak Allah memberi nikmat kepada kita antaranya kita dapat sambung pelajaran di Univesiti ,kolej,politeknik dan lain-lain adakah kita manfaatkan semua peluang itu dengan memuntut ilmu dan menunaikan tanggujawab kamu sebagai pelajar?Adakah kita ini pergi sambung belajar untuk bersuka - ria??Dan bangga apa yang kita ada.Kemudian kita berjaya dan kaya dengan ada duit yang banyak,adakah kita yakin kita akan ingat Allah sentiasa, kita tidak sombong ,bongkak dan kita akan sentiasa menolong orang dalan kesusahan dan sebagainya.Allah.Sedarkah atau tidak Allah sentiasa memberi nikmat kepada orang yang negaranya aman dan makmur.Cuba banyangkan berapa banyak Allah memberi nikmat kepada kita pada setiap hari?ada atau tidak nikmat yang Allah bagi?Sekurang-kurangnya kita dapat makan...Jangan sampai Allah tarik balik nikmat yang Allah beri dengan memberi kita ujian musibah,baru kita hendak sedar dan bersukur.
Kesimpulannya,kita hendaklah bersyukur setiap pemberian dan ujian daripada Allah.Kita hendaklah ingat yang Allah sentiasa disisi kita.
No comments:
Post a Comment