AHLANWASAHLAN

Friday, 8 February 2013

DENGARLAH WAHAI TEMAN-TEMANKU SAYANG..


 
 
 
 
 
 
 
 
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,dengan sebaik-sebaik kejadian,
Cuma amalan manusia ini berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tangugung natijahnya.

 
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang pada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokkan semata-mata?

Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalanya,
Kelak disana rendah darjatnya.
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang dengan air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga dengan diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekatnya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
 
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takut pada tuhan,
Oleh itu ,tekatkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..

“you are the best ummah” (al Imran:110)

“sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi allah adalah orang yang bertakwa”(al-hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

“ya tuhan kami ,berilah kami kebaikan di dunia dan di akhiratdan peliharalah kami dari azab neraka”(al baqarah :201)

Ketinggian seseorang kerana iman,

“janganlah bersikap lemah ,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamu lah yang paling tinggi darjatnaya,jika kamu orang-orang yang beriman”(al Imran:139)

Lantaran itu carilah reda allah ,

Dengan melakukan sebaik – baik amalan

Usaha x(darab) istaqamah – (tolak ) malas/masa + yakin,

Asas kejayaan,

“allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”(ar-ra’d:11)

“jikalau mereka bersungguh – sungguh reda dengan apa yang diberikan oleh allah dan rasul-nya ,sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada allah,(tentulahyang demikian itu lebih baik bagi mereka)”(at-taubah:59).

 

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

Bakal mengangkat darjatmu di sisi-nya,

Jika kau reda ,sabar dan terus berusaha,

Tapi,kau sememangnya bodoh ,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana kau pasti kau gagal menderita,

Tiada penilaian pahala dari-nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia – siakan amanah berharga.

 

Temanku ,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang ,

Dan tidak pernah ada kesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

Dan mara berlari kencang ,

Mencipta taufan.

Berjuanglah temanku sayang,

Tanpa mengenal penat dan jemu,

Biar hidup kita dengan usaha,

Kelak kita akan dimulia,

Jika tidak di dunia ,

Nun di syurga.

No comments:

Post a Comment