Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama .Bukan membuang fitrah insan mahu mencintai dan dicintai ,namun tahu dah sedar di mana sasaran konsep cinta itu.Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari ,cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi ,dimana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.
Dalam islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan,sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan,cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa “dengan dua sayap (iman dan cinta)inilah islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”
Bagaimana tidak ,jikalau iman tanpa cinta akan pincang dan cinta tanpa iman akanjatuh jurang kehinaan.Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa iman.kalau sudah tahu diri tidak terbaik di pandangan manusia ,kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi Dzat Allah Taala?
Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah ,kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah,berusahalah berubah menjadi soleh dan solehah ?(berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu ,pasti takdir ketentuaanya untuk anda dengan insan soleh dan solehah..
No comments:
Post a Comment