Kita seringkali mendengar kata-kata ini.."Aku bukanlah yang TERBAIK.. Tapi aku akan BELAJAR menjadi yang terbaik untukmu..." Setiap insan ingin menjadi yang terbaik buat PASANGANNYA..
Tapi pernahkah kita terfikir.. untuk mengungkapkan kata-kata ini..
" Ya Allah.. aku bukanlah hamba-MU yang TERBAIK...namun aku akan BERUSAHA .. untuk belajar menjadi insan yang LEBIH BAIK disisi-Mu Ya Allah... Redhailah aku untuk menuju jalan-MU Ya Allah..."
Seharusnya kita juga mencuba untuk menjadi yang terbaik buat Allah kerana jika kita ingin menjadi yang terbaik.. Jadilah yang terbaik dahulu pada pandangan Allah.. InsyaAllah..Allah akan tunjukkan KEIKHLASAN dan KEBAIKANmu itu pada PANDANGAN MANUSIA..
SOUCE from fb..:)
AHLANWASAHLAN
Monday, 6 January 2014
YA ALLAH AKU RINDUKAN SESEORANG
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥
souce from fb:seandainya kau catatkan dia milikku ,satukanlah hatinya dengan hatiku
JODOH TERBAIK ADALAH SEBAIK DIRIMU..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jodoh terbaikmu adalah sebaik dirimu,
Nasib terbaikmu adalah sebaik upayamu,
kebaikanmu adalah untukmu,
Dan keburukanmu adalah juga untukmu.
kerana ALLAH telah menyenangkanmu, untuk menjadi penentu kebaikan nasibmu.
Maka, janganlah kuatirkan takdirmu,
Tapi upayakanlah nasib baikmu.
Tiada niat ALLAH selain
memuliakanmu,
maka patuhlah engkau kepada Tuhanmu,
Agar dimuliakan oleh-Nya
kehidupanmu,disihatkan tubuh dan jiwamu,
Dibaikkan rezekimu,..
Diindahkan jodohmu,..
Disejahterakan keluargamu,..
Diharumkan namamu,..
Dipanjangkan umurmu,agar engkau dirahmatkan bagi
sesamamu..
Dan yang paling indah dari semua itu,adalah jika ALLAH menjadikanmu penegak agamamu..
Bagi sahabat yang masih sendiri,..
Semoga ALLAH tidak
memanjang masa menunggu yang penuh harap itu..
Semoga keindahan peribadi anda itu segera dihadiahkan dengan belahan jiwa yang sesuai indahnya, dalam penyatuan kehidupan yang penuh cinta, kesetiaan, dan rezeki yang baik.
Semoga ALLAH memberikan &melimpahkan rezeki untuk kita semua hari ini..
Aamiin Ya Robbal Allamiin
SHARE FROM FB..:)
Monday, 11 November 2013
Sayang daripada pemilik hati ini.. My Stories
Bermulanya perkenalan kita di sekolah menengah
semasa awak jaga kelas saya…
Saya dahulunya seorang yang pendiam dan tidak suka
dengan namanya “lelaki”…
Tetapi apabila awak mahu berkawan dengan saya
,saya cuba untuk berkawan walaupun berat hati sebenarnya…
Awak bagi nombor telefon awak pada saya,dan bila
balik asrama saya terus misscall dan awak dapat agak itu adalah saya…
Saya ingat lagi masa tu kawan2 saya cakap awak ni
baik,pandai,dapat pelajar terbaik…kawan2 bagi semangat untuk berkawan dengan
awak…
Walaupun saya tahu saya banyak kekurangan…Saya
tidak sepandai dalam akedemik ,tidak aktif dalam kokorikulum…Tidak cukup
solat,tidak menutup aurat dengan sempurna…
Setelah sebulan kita kenal…Saya tidak sangka,awak
suka dekat saya,Awak nak jadikan saya “Teman Istimewa”…walaupun Saya banyak
kali bagi macam2 alasan tetapi awak tidak berputus asa untuk dapatkan saya…Bila
telah 3 atau 4 kali baru saya terima awak…Sejujurnya berat hati nak terima tapi
kawan2 kata “awak Nampak ikhlas dengan saya..”
Tidak lama kemudian awak jadi ketua pengawas
sekolah…Setiap hari isnin saya tunggu awak bagi m/c dekat perhimpunan…Awak
bakal menghadapi spm…saya selalu bagi semangat dekat awak…sebab saya nak
awak Berjaya…awak begitu juga bagi saya
semangat bila saya lemah…
Awak sangat ambil berat dengan saya...kawan2 awak
,kawan2 saya ,cikgu2 ,keluarga kita semua tahu tentang kita…Mula2 saya malu
semua orang tahu tetapi saya berfikir saya tak nak hipokrit…
saya rasa saya perlu pulangkan balik benda nie...
jangan ada benci
Sejak daripada itu ,awak banyak mengubah hidup
saya…awak selalu tegur saya jika saya tidak cukup solat,sehingga saya cukup
solat,jika saya tidak menutup aurat dengan sempurna awak tegur saya…saya
berubah sikit demi sedikit…Sejak daripada itu saya mula rasa sayang pada awak..
Bila awak masuk masuk maahad awak lebih menekankan
pada agama…Walaupun masa itu awak Nampak lemah,saya selalu bagitau “awak
boleh”…
Dulunya saya tidak stokin ,pakai seluar jeans saya
nak berubah menjadi lebih baik..Nak jadi lebih baik macam awak…saya menutup
aurat dengan sempurna dan hendak menjadi wanita solehah…
Walaupun banyak kali awak gaduh dengan saya,mesti
tidak lama kemudian kita akan berbaik semula…
Sehingga awak habis sekolah maahad,awak sunyi
tanpa saya,sebab saya pula masuk maahad dan kemudian awak hendak masuk
university,
suatu hari saya balik dari asrama tiba2 ,saya
Nampak awak call saya,masa tu gembiranya hati saya…tetapi bila saya angkat saya
tidak sangka saya dengar suara awak dengan seorang perempuan…bila saya tengok
dalam facebook ,awak dah lain…saya Nampak gambar awak dengan budak perempuan
itu…Saya sedih sangat pada itu,saya mengigatkan “tentang kita”..bagi nasihat
dekat awak dan minta awak pilih dia atau saya…Tidak lama kemudian saya terharu
sangat awak minta maaf dekat saya dan tidak menyangka awak masih sayang dekat
saya.awak terus putus dengan budak perempuan itu.Kemudian bermulalah kehidupan
awak di universiti dan saya masih di maahad .
Pada suatu hari,lagi 3 bulan saya hendak peperiksaan
besar, saya meminta awak kita menjadi kawan seperti biasa dan kalau ada benda
yang penting baru kita berhubung sebab saya hendak fokus dalam pelajaran ,dan
saya berjanji nanti lepas peperiksaan kita akan sambung balik..walaupun saya
berat hati pada mulanya hendak berbuat begitu tetapi saya kuatkan hati saya
tidak pasti kita boleh melakukannya ataupun tidak sebab saya takut awak cari
yang baru yelahh sebab awak kan dekat universiti...
SELEPAS 3 BULAN
Belum lagi saya sampai rumah sehabisnya
peperiksaan saya telefon mak saya,mak saya dan adik dah bercerita tentang
awak...mereka kata “awak tanya saya bila balik rumah “ awak tahu tak apa
perasaan saya?hati saya berbunga2..rupanya awak tak melupakan saya.Sejak
daripada itu saya rapat dengan awak balik.Saya tidak sangka awak tunggu
saya,walaupun kadang2 hati tidak mengharapkannya...
Bila awak kata”kenapa saya baik sangat pada awak?”
Nak tahu sebab apa? “saya nak jadi terbaik untuk
awak”
Setiap kali saya ada masalah,saya akan cerita pada
awak,dan awak akan bagi semangat...
Awak ...saya hargai tu semua...
Begitu juga awak..saya berada di sisi awak,untuk
memberi sokongan pada awak...
Sampai satu tahap awak mintak putus pada saya...
“Awak kata kita tak boleh bercouple ,haram dalam
islam..kita jadi kawan biasa je..”masa itu hanya allah tahu betapa hancurnya
hati saya.Lagi2 masa itu bagi saya lagu cinta terlarang by kagen band.Saya
menangis bukan pertama kalinya.Saya fikir awak hendak berubah.Setiap kali
selepas saya solat ,saya akan menangis.Setelah
sekian lama.Tiba2 awak call saya lepas solat awak luahkan semua perasaan
awak...Masa awak luahkan perasaan awak dan (_______)x nak la cerita kat sini
kan ,saya elakkan dari sedih..saya kuatkan diri...Saya dengan tidak ragu terima
awak kembali.Masa ni saya nampak awak macam ikhlas dengan saya.Saya cuba
memahami diri awak , saya cuba terima kekurangan awak.Sebab saya yakin masa itu
awak boleh membimbing saya seperti sebelum ini.Awak sanggup tolong saya ,bila
saya memerlukannya...
Kita saling tukar-tukar buku untuk kita dapat ilmu
yang sama.
Awak....
Saya sayang awak bukan kerana paras rupa,bukan
kerana pangkat dan bukan kerana harta (saya tak kisah itu semua)Tetapi saya
sayang awak sebab kita saling melengkapi...
thanks 3 ogos 2011
if relay!
if break!
Awak...
Awak dulu selalu fikir saya tidak sayang awak?
Sayang bukan dengan “kata-kata”sahaja awak...tapi
saya tunjuk “sayang” itu dengan perbuatan saya setia pada awak.
Tidak lama kemudian ,saya dapat rezeki masuk
Universiti tapi keadaan kita berbeza.Tetapi saya tidak kisah sebab tempat kita
belajar tidak jauh...
Hari paling indah buat saya pada tahun ini adalah
masa birthday saya...Tepat pukul12 baru saya hendak melelapkan mata awak call
saya,walaupun awak tanya saya dah tidur ke belum saya jawab je belum.Padahal
sebelum tu sebenarnya saya dah tidur...Awak call semata2 untuk wish...Saya
hargainya...Pada keesokannya kawan-kawan pula yang wish,satu hari kawan2 bawa
saya jalan2...Saya bukan tak nak call awak cepat tapi malam baru saya dapat
call...Petang saya bersama kawan2 mereka belanja saya dan lain2...Pada hari itu
dan masa itu saya sangat bahagia...
Tetapi setelah selang beberapa hari awak berubah dengan
sekelip mata...
Awak dengan secara tiba2 unfollow dan unfriend
saya dalam laman sosial ...Awak ...saya tak tahu apa salah saya awak...Kenapa
awak sanggup buat saya macam tu...
Kemudian awak bagi alasan “No couple we are
friend,my family don’t like our relay.....................”
Awak,
Kenapa hati ini nak menunjukkan saya ikhlas
kemudian awak pergi jauh dari hidup saya...?
Kenapa awak tidak pergi sebelum saya sayang
awak..?
Kenapa awak Cari saya balik semasa saya habis
STAM?
Adakah awak hanya untuk mempermainkan hati saya
sahaja?
Kenapa awak tak tahu nilaikan cinta itu?Memang
cinta itu buta kita tak nampak tapi saya pasti kita boleh rasa...
Saya MAHALKAN cinta itu untuk awak tapi
kemudiannya...
Awak MURAHKAN bagi pada orang lain...
Setelah beberapa minggu baru je kita berpisah awak
dah dapat peganti...Awak maaflah saya kata ni...kalau penganti saya itu lebih
baik dari saya ,saya tidak kisah walaupun saya kecewa dengan kelukaan yang awak
bagi tapi saya tidak sedih jika awak bahagia dengan orang lebih baik dan awak
jadi lebih baik.Walaupun awak buang saya macam sampah tapi saya perhatikan
setiap pergerakan awak...Awak memang dah berubah..mungkin awak terkena “culture
shock”.Awak tahu saya Cuma sedih sebab apa?sebab orang yang banyak tolong
saya,orang yang dulunya menjadi inspirasi saya telah berubah...Saya tahu awak
masih baik mungkin awak kadang2 berlawan dengan keadaan sekeliling awak...
Saya hanya mampu berdoa agar kita diberi
hidayah...Awak tidak rindukan suasana islam ke yang memberikan ketengan jiwa...
Awak...Cuba awak lihat saya sekarang ada tak
selepas saya break dengan saya,saya ada layan lelaki macam saya layan
awak...Hati ini takut nak bagi kat sapa2 awak...sakit sangat awak....
Awak..saya tahu saya ni tak sempurna banyak
melakukan salah...Saya minta maaf ok..Jika kalau sebelum ini saya ada marah
awak,itu kadang2 emosi saya je...Saya tidak ada niat nak bermusuh dengan
awak...
Awak ingatlah jika belum BETUL2 bersedia,jangan
menjanjikan sesuatu yang belum pasti ...memang kita rancang tetapi allah yang
menentukan segala-galanya...Jika awak TIDAK BOLEH menunaikan janji berapa ramai
awak menyakitkan hati mereka..
2011 ......
Hati ini mengatakan saya sayang awak kerana allah...awak selami ini saya berubah kerana allah tetapi dengan bimbingan atau dengan nasihat awak...Jika saya berubah kerana awak,mungkin saya memberontak...
Maaflah ni hanya luahan saya...Saya hanya mampu tulis dan saya tak mampu nak luahkan guna mulut...
Monday, 11 March 2013
Best bacalah :)
MESTI BACA..
ISU SEMASA!
Gadis : Masuk lah
dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah,
saya nak siap
Menyusup masuk si
teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan
si Teruna.
Teruna :
Assalamualaikum.
Bapa G :
Waalaikumusalam.
Melihat pada
lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis
menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk
kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan
dihulur dan salam bertaut, duduklah si
teruna di kerusi
hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara
mereka.
Bapa G : nak jalan
kemana hari ni?
Teruna : Bandar je
cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap
tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang
membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu G : minum la ni
sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah
cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu
malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik.
Hehe
Bapa G : bila kamu
nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa
ayahnya ni
Teruna : ehh. Duit
takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa
anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu
ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum)
Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik
sikit
Bapa G : boleh takda
masalah
Teruna : pakcik ngan
makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh
20 ribu
Ibu G : ehh. Tak
kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu
cik?
Ibu G : dalam 25 ribu
ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko
melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik,
tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib
kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak
perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir
hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba
berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : nak Tanya
lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah
Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh
pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak
lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan
kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah,
gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau
ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak
Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram.
Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari.
Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la
ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun
sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah
kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh.
Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh
sikit-sikit kot
Teruna : kali
terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1
agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa
makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif
kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat
luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia
tau solat atau tak?
Hampir terkedu si
bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda
kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : boleh saya
sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti
nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang
pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain
lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah
sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya
sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk
serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah
mahar.
(Mata bapa si gadis
direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga
mereka menundukkan kepala.)
Lumrah adat untuk
menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan
kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis
perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat
pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si
suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si
suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu
semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan.
Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak
anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami
berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya
sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang
tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu
pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat
dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah
mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna
bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan
kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai
pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory
pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita
terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah.
Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan
anak aku!
Teruna : lama lagilah
camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik,
‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah
melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu
penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak
luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang
meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat
untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul,
syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka
mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul,
dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik
sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan
kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah
pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.
kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok
saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada
pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya
dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau.
Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang
ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi
berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni
peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang.
Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe.
Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
Takkan la kita tak
yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu
insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh
bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa
dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok
kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa
si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si
gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la
zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan
persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain
yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena
nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga
cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde
hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah
sikit.
Teruna : betul dah tu
pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang
walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara
islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya
seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau
berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat
mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah
pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya
Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih
pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah
camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang
senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor
berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si
teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.
Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk
keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah
dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari
penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik
tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna
terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya
yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada
kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang
budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil
lewa abahnya.
Bapa G : hmm..
ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia
pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood
nak pegi la ayah. Ntah,,
Si gadis terus
mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang
selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja
diterima daripada si gadis
“andai Allah telah
memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan
terus bersama mu,
ku juga akan terus
pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood
nak keluar,
Sory.
Minggu depan ayah
suruh hantar rombongan.
U**M university yang orang kata sosial??
Ilmu
adalah cahaya yang menyinari setiap manusia.jika seseorang yang banyak ilmu dan
diketogerikan pandai mesti ramai yang berbangga padanya sebab itu saya
menyamakan ilmu itu adalah cahaya…university adalah tempat kita menuntut
ilmu….tapi saya ada terdengar ura-ura berkata yang university U**M ni sosial….
saya
ramai kenalan daripada university U**M tersebut...
Setelah
saya masuk sebuah instituti kemahiran ambil jahitan saya dapat berkenalan
seorang akak (A) dan dia agak rapat dengan saya….
Akak (A)
daripada U**M di shah alam dan baru habis diploma akaun…kalau saya nak tahu
apa-apa tentang U**M saya tanya je pada dia,pasti dia boleh jawab…kadang-kadang
saya terdengar perkataan-perkataan yang pelik-pelik keluar dari mulutnya saya
tidak tahu..dan kadang-kadang juga saya terdengar perkataan B*D*H dan
lain-lain…
Dia kata
dia dulu pernah sek agama SMKA tapi semasa tingkatan satu dan dua,lepas itu
berpindah di sekolah biasa….
Dia
orangnya biasa-biasa je…tapi pada saya dari segi cara dan pemakaian dia belum
lengkap kalau dikatakan betul-betul konsep menutup aurat…dia kata pada saya nak
masuk U**M ni boleh tapi sosial sikit la…kena pandai jaga diri…
Satu hari
saya pergi satu program perkampungan menara gading untuk masa depan kita nak ke
mana daripada lepasan sekolah…
Fasilatator
yang diberikan semua daripada universiti2 tempatan….semasa dalam program
tersebut saya baru lepas makan dan ternampak kawan-kawan sedang berborak dengan
akak (B) yang agak comel dan pakai
tudung agak labuh dari saya…saya cuba mendekati mereka dan cuba meramahkan
diri…macam-macam saya Tanya dengan akak (B) ni…
Saya:nama
akak ?
Akak A:
…………….
Kawan
kawan saya kata:akak ni comel kan…huhuhu…
Dalam
hati saya akak ni memang comel pun…
Saya
:akak sekarang belajar kat mana? Dan ambil kos apa?
Akak
(A):akak belajar kat U**M di shah alam ambil kos pentadbiran dan koperat….
Saya:owh….saya
ada ramai kawan kawan dari U**M macam akak…
Akak (A):
ye ke??
Saya:yalah…tapi
kak kenapa saya tengok tak ramai pun daripada U**M macam akak ikut program
islamik macam ini…dan ada juga orang kata U**M ni social..
Akak (B):yalah
….memang orang cakap U**M macam akak ni sosial tapi tak semestinya tempat yang
social kita jadi social…
Tengok
juga pada diri kita…kita nak apa dalam hidup ini…
Tidak
semestinya akak tidak ambil kos agama akak tidak boleh pakai tudung
labuh….tidak semestinya kita tak ambil kos agama kita tidak boleh cari
pelajaran agama….betol tak?adik-adik ni dulu daripada sekolah mana??
Saya dan
kawan-kawan menjawab: maahad *****
Akak (B):untungnya
adik-adik daripada sekolah da masuk sekolah agama,dekat dengan agama…akak ni
dulu bukan daripada sekolah agama tau…dulu akak sekolah biasa je…akak berubah
pun sejak masuk U**M ni…cuba fikir macam mana akak boleh berubah juga kat U**M
sedangkan orang cakap social…tidak semestinya…kita kena tengok diri kita
sendiri juga….
Saya
dengar dengan terpegun,terasa pun ada…tapi kata-kata akak itu memang betul saya
setuju sangat….
Daripada
program yang saya pergi itu telah mendapat sedikit pengalaman dan persediaan
jika saya masuk universiti suatu hari nanti…di mana-mana pun kita berada ,kita
kena kuat dan jaga iman…walaupun tidak sampai satu jam berbual dengan akak (B)
tapi saya da dapat input yang banyak yang memang tidak boleh dilupakan… J
cinta allah :)
Sekiranya kita cinta
akan manusia
, Tidak semestinya
manusia cinta pada kita,
TETAPI Sekiranya, kita cinta kepada allah
Nescaya cinta allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
Kita cinta pada
manusia ..
Kita akan cemburu
kepada orang yang Mencintai orang yang kita cintai
TETAPI SEKIRANYA kita
cinta kepada allah
kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepda allah juga...
YA ALLAH... Andainya
dia adalah jodoh Yang ditetapkan olehmu kepadaku....
Maka campakkanlah ke
dalam hatinya Cinta kepadaku adalah keranamu...
Dan campakanlah ke dalam hatinya Cinta
kepadaku adalah keranamu...
NAMUN... Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan olehmu kepadaku
Berikanlah aku
kekuatan agar pasrah Dalam mengharungi ujian
Yang kau berikan kepadaku...
Subscribe to:
Posts (Atom)












