AHLANWASAHLAN

Tuesday, 13 May 2014

PENGORBANAN SEORANG BAPA



REFLEKSI HUJAN

Ayahku seorang pendiam .Walaupun dia nampak tidak mengambil tahu tentang anak-anaknya,tetapi dia 

sayang anak-anaknya cuma dia tidak tahu untuk menunjukkan kasih sayangnya.Saya anak sulung dari tiga 

beradik.Jadi  saya menjadi contoh kepada adik-adik.Kejadian ini terjadi semasa saya tingkatan 2 dan saya 

bersekolah di Sekolah Menengah Agama .Hari Ahad yang indah dan cuaca yang redup aku 

bersiap-siap untuk balik ke Asrama.Walaupun hati macam tak nak balik ke Asrama,tetapi cuba

 merelakannya.Aku pakai baju sekolah,tudung labuh berwarna putih dan kasut sekolah berwarna hitam 

dengan beg sederhana besar.Di sebabkan rumah saya bahagian pendalaman dan bas jarang ada di kawasan

 kampung ,ayah bercadang akan menghantar saya ke asrama.Keluarga saya tidak mempunyai kereta dan 

Cuma ada hanya motor sahaja.Saya cuba menguatkan hati dan niatkan kerana Allah.Ayah menghantarku 

pada jam 4 petang.Sesuana cuaca redup sahaja.Tiba-tiba dalam perjalanan hendak pulang ke asrama,pada

 mulanya hujan reyai-reyai sahaja.Ayah meneruskan juga perjalanan ,habis baju saya dah basah sikit akibat 

kereta lalu di sebelah dan langgar lecak. Kemudian,hujan semakin lebat . Ayah memberhentikan motor dan 

berteduh di bawah kedai runcit.Tunggu berapa minit hujan reda.Kemudian hujan lebat balik,dan ayah 

berhentikan motor dan berteduh.Saya hanya mendiamkan diri.Beberapa kali teraksa berhenti dan 

jalan.Dalam hatiku berkata “kalau ada kereta kan best...Tidak mungkin akan jadi macam ini...”Tetapi saya 

tidak pernah merungut depan ibu bapaku kerana saya faham ibu dan ayah bukannya orang senang seperti 

orang lain.
        Setibanya di Asrama dalam jam 5.30 petang saya melihat ramai kawan-kawan semua dihantar oleh 

keluarga mereka dengan kereta.Saya turun dari motor dan ayah memberi duit RM30 dan berkata “cukup 

tak ni”.Saya hanya menjawab “cukup” .Kemudian saya salam ayah,terus ayah pulang.Lepas saya masuk di 

asrama,dalam beberapa minit saya melihat di luar,hujan lebat.Aku terfikir mesti ayah basah kuyup.


        Sejak dari peristiwa itu,saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh untuk

 mengubah nasib keluarga.Tidak lama kemudian keluarlah berita tentang pelajar cemerlang iaitu Nik Nur 

Madihah.Kemudian saya jadikan idola saya untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Wednesday, 9 April 2014

ERTI KESETIAAN

Erti Kesetiaan | Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…?

Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Sunday, 23 March 2014




: JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Tuesday, 4 March 2014

Ahmad Ammar Pemuda yang Shahid pada 2013 moga Allah merahmatinya..


Adakah kita bercita-cita menjadi Ahmad Ahmar...Kita ingin mati dalam syahid??

Masihkah ada insan seperti dia...??
Ya Allah terharu melihat dia seorang pemuda yang berdakwah kerana islam..


Dia menjadi pedoman kepada kita...banyak dlm youtube diceritakan tentang dia...
Ibu nya ckp.."Ahmad Amad tidak pernah meninggikan suara pada ibunya..dan mempunyai akhlak yang baik.."

Monday, 6 January 2014

AKU TERBAIK KE???

Kita seringkali mendengar kata-kata ini.."Aku bukanlah yang TERBAIK.. Tapi aku akan BELAJAR menjadi yang terbaik untukmu..." Setiap insan ingin menjadi yang terbaik buat PASANGANNYA..

Tapi pernahkah kita terfikir.. untuk mengungkapkan kata-kata ini..

" Ya Allah.. aku bukanlah hamba-MU yang TERBAIK...namun aku akan BERUSAHA .. untuk belajar menjadi insan yang LEBIH BAIK disisi-Mu Ya Allah... Redhailah aku untuk menuju jalan-MU Ya Allah..."

Seharusnya kita juga mencuba untuk menjadi yang terbaik buat Allah kerana jika kita ingin menjadi yang terbaik.. Jadilah yang terbaik dahulu pada pandangan Allah.. InsyaAllah..Allah akan tunjukkan KEIKHLASAN dan KEBAIKANmu itu pada PANDANGAN MANUSIA..
SOUCE from fb..:)

YA ALLAH AKU RINDUKAN SESEORANG

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


souce from fb:seandainya kau catatkan dia milikku ,satukanlah hatinya dengan hatiku

JODOH TERBAIK ADALAH SEBAIK DIRIMU..


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jodoh terbaikmu adalah sebaik dirimu,
Nasib terbaikmu adalah sebaik upayamu,
kebaikanmu adalah untukmu,
Dan keburukanmu adalah juga untukmu.

kerana ALLAH telah menyenangkanmu, untuk menjadi penentu kebaikan nasibmu.

Maka, janganlah kuatirkan takdirmu,
Tapi upayakanlah nasib baikmu.

Tiada niat ALLAH selain
memuliakanmu,
maka patuhlah engkau kepada Tuhanmu,
Agar dimuliakan oleh-Nya
kehidupanmu,disihatkan tubuh dan jiwamu,
Dibaikkan rezekimu,..
Diindahkan jodohmu,..
Disejahterakan keluargamu,..
Diharumkan namamu,..
Dipanjangkan umurmu,agar engkau dirahmatkan bagi
sesamamu..

Dan yang paling indah dari semua itu,adalah jika ALLAH menjadikanmu penegak agamamu..

Bagi sahabat yang masih sendiri,..
Semoga ALLAH tidak
memanjang masa menunggu yang penuh harap itu..
Semoga keindahan peribadi anda itu segera dihadiahkan dengan belahan jiwa yang sesuai indahnya, dalam penyatuan kehidupan yang penuh cinta, kesetiaan, dan rezeki yang baik.

Semoga ALLAH memberikan &melimpahkan rezeki untuk kita semua hari ini..
Aamiin Ya Robbal Allamiin

SHARE FROM FB..:)