AHLANWASAHLAN

Wednesday, 9 April 2014

ERTI KESETIAAN

Erti Kesetiaan | Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…?

Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Sunday, 23 March 2014




: JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Tuesday, 4 March 2014

Ahmad Ammar Pemuda yang Shahid pada 2013 moga Allah merahmatinya..


Adakah kita bercita-cita menjadi Ahmad Ahmar...Kita ingin mati dalam syahid??

Masihkah ada insan seperti dia...??
Ya Allah terharu melihat dia seorang pemuda yang berdakwah kerana islam..


Dia menjadi pedoman kepada kita...banyak dlm youtube diceritakan tentang dia...
Ibu nya ckp.."Ahmad Amad tidak pernah meninggikan suara pada ibunya..dan mempunyai akhlak yang baik.."

Monday, 6 January 2014

AKU TERBAIK KE???

Kita seringkali mendengar kata-kata ini.."Aku bukanlah yang TERBAIK.. Tapi aku akan BELAJAR menjadi yang terbaik untukmu..." Setiap insan ingin menjadi yang terbaik buat PASANGANNYA..

Tapi pernahkah kita terfikir.. untuk mengungkapkan kata-kata ini..

" Ya Allah.. aku bukanlah hamba-MU yang TERBAIK...namun aku akan BERUSAHA .. untuk belajar menjadi insan yang LEBIH BAIK disisi-Mu Ya Allah... Redhailah aku untuk menuju jalan-MU Ya Allah..."

Seharusnya kita juga mencuba untuk menjadi yang terbaik buat Allah kerana jika kita ingin menjadi yang terbaik.. Jadilah yang terbaik dahulu pada pandangan Allah.. InsyaAllah..Allah akan tunjukkan KEIKHLASAN dan KEBAIKANmu itu pada PANDANGAN MANUSIA..
SOUCE from fb..:)

YA ALLAH AKU RINDUKAN SESEORANG

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


souce from fb:seandainya kau catatkan dia milikku ,satukanlah hatinya dengan hatiku

JODOH TERBAIK ADALAH SEBAIK DIRIMU..


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jodoh terbaikmu adalah sebaik dirimu,
Nasib terbaikmu adalah sebaik upayamu,
kebaikanmu adalah untukmu,
Dan keburukanmu adalah juga untukmu.

kerana ALLAH telah menyenangkanmu, untuk menjadi penentu kebaikan nasibmu.

Maka, janganlah kuatirkan takdirmu,
Tapi upayakanlah nasib baikmu.

Tiada niat ALLAH selain
memuliakanmu,
maka patuhlah engkau kepada Tuhanmu,
Agar dimuliakan oleh-Nya
kehidupanmu,disihatkan tubuh dan jiwamu,
Dibaikkan rezekimu,..
Diindahkan jodohmu,..
Disejahterakan keluargamu,..
Diharumkan namamu,..
Dipanjangkan umurmu,agar engkau dirahmatkan bagi
sesamamu..

Dan yang paling indah dari semua itu,adalah jika ALLAH menjadikanmu penegak agamamu..

Bagi sahabat yang masih sendiri,..
Semoga ALLAH tidak
memanjang masa menunggu yang penuh harap itu..
Semoga keindahan peribadi anda itu segera dihadiahkan dengan belahan jiwa yang sesuai indahnya, dalam penyatuan kehidupan yang penuh cinta, kesetiaan, dan rezeki yang baik.

Semoga ALLAH memberikan &melimpahkan rezeki untuk kita semua hari ini..
Aamiin Ya Robbal Allamiin

SHARE FROM FB..:)

Monday, 11 November 2013

Sayang daripada pemilik hati ini.. My Stories

Kisah silam kita berbeza dengan orang lain…Kisah silam kita sangat indah…
Bermulanya perkenalan kita di sekolah menengah semasa awak jaga kelas saya…
Saya dahulunya seorang yang pendiam dan tidak suka dengan namanya “lelaki”…
Tetapi apabila awak mahu berkawan dengan saya ,saya cuba untuk berkawan walaupun berat hati sebenarnya…
Awak bagi nombor telefon awak pada saya,dan bila balik asrama saya terus misscall dan awak dapat agak itu adalah saya…
Saya ingat lagi masa tu kawan2 saya cakap awak ni baik,pandai,dapat pelajar terbaik…kawan2 bagi semangat untuk berkawan dengan awak…
Walaupun saya tahu saya banyak kekurangan…Saya tidak sepandai dalam akedemik ,tidak aktif dalam kokorikulum…Tidak cukup solat,tidak menutup aurat dengan sempurna…
Setelah sebulan kita kenal…Saya tidak sangka,awak suka dekat saya,Awak nak jadikan saya “Teman Istimewa”…walaupun Saya banyak kali bagi macam2 alasan tetapi awak tidak berputus asa untuk dapatkan saya…Bila telah 3 atau 4 kali baru saya terima awak…Sejujurnya berat hati nak terima tapi kawan2 kata “awak Nampak ikhlas dengan saya..”

Tidak lama kemudian awak jadi ketua pengawas sekolah…Setiap hari isnin saya tunggu awak bagi m/c dekat perhimpunan…Awak bakal menghadapi spm…saya selalu bagi semangat dekat awak…sebab saya nak awak  Berjaya…awak begitu juga bagi saya semangat bila saya lemah…
Awak sangat ambil berat dengan saya...kawan2 awak ,kawan2 saya ,cikgu2 ,keluarga kita semua tahu tentang kita…Mula2 saya malu semua orang tahu tetapi saya berfikir saya tak nak hipokrit…
         saya rasa saya perlu pulangkan balik benda nie...

                                 jangan ada benci

Sejak daripada itu ,awak banyak mengubah hidup saya…awak selalu tegur saya jika saya tidak cukup solat,sehingga saya cukup solat,jika saya tidak menutup aurat dengan sempurna awak tegur saya…saya berubah sikit demi sedikit…Sejak daripada itu saya mula rasa sayang pada awak..
Bila awak masuk masuk maahad awak lebih menekankan pada agama…Walaupun masa itu awak Nampak lemah,saya selalu bagitau “awak boleh”…
Dulunya saya tidak stokin ,pakai seluar jeans saya nak berubah menjadi lebih baik..Nak jadi lebih baik macam awak…saya menutup aurat dengan sempurna dan hendak menjadi wanita solehah…
Walaupun banyak kali awak gaduh dengan saya,mesti tidak lama kemudian kita akan berbaik semula…

Sehingga awak habis sekolah maahad,awak sunyi tanpa saya,sebab saya pula masuk maahad dan kemudian awak hendak masuk university,


suatu hari saya balik dari asrama tiba2 ,saya Nampak awak call saya,masa tu gembiranya hati saya…tetapi bila saya angkat saya tidak sangka saya dengar suara awak dengan seorang perempuan…bila saya tengok dalam facebook ,awak dah lain…saya Nampak gambar awak dengan budak perempuan itu…Saya sedih sangat pada itu,saya mengigatkan “tentang kita”..bagi nasihat dekat awak dan minta awak pilih dia atau saya…Tidak lama kemudian saya terharu sangat awak minta maaf dekat saya dan tidak menyangka awak masih sayang dekat saya.awak terus putus dengan budak perempuan itu.Kemudian bermulalah kehidupan awak di universiti dan saya masih di maahad .
Pada suatu hari,lagi 3 bulan saya hendak peperiksaan besar, saya meminta awak kita menjadi kawan seperti biasa dan kalau ada benda yang penting baru kita berhubung sebab saya hendak fokus dalam pelajaran ,dan saya berjanji nanti lepas peperiksaan kita akan sambung balik..walaupun saya berat hati pada mulanya hendak berbuat begitu tetapi saya kuatkan hati saya tidak pasti kita boleh melakukannya ataupun tidak sebab saya takut awak cari yang baru yelahh sebab awak kan dekat universiti...
        SELEPAS 3 BULAN
Belum lagi saya sampai rumah sehabisnya peperiksaan saya telefon mak saya,mak saya dan adik dah bercerita tentang awak...mereka kata “awak tanya saya bila balik rumah “ awak tahu tak apa perasaan saya?hati saya berbunga2..rupanya awak tak melupakan saya.Sejak daripada itu saya rapat dengan awak balik.Saya tidak sangka awak tunggu saya,walaupun kadang2 hati tidak mengharapkannya...
Bila awak kata”kenapa saya baik sangat pada awak?”
Nak tahu sebab apa? “saya nak jadi terbaik untuk awak”
Setiap kali saya ada masalah,saya akan cerita pada awak,dan awak akan bagi semangat...
Awak ...saya hargai tu semua...
Begitu juga awak..saya berada di sisi awak,untuk memberi sokongan pada awak...
Sampai satu tahap awak mintak putus pada saya...
“Awak kata kita tak boleh bercouple ,haram dalam islam..kita jadi kawan biasa je..”masa itu hanya allah tahu betapa hancurnya hati saya.Lagi2 masa itu bagi saya lagu cinta terlarang by kagen band.Saya menangis bukan pertama kalinya.Saya fikir awak hendak berubah.Setiap kali selepas saya solat ,saya akan menangis.Setelah  sekian lama.Tiba2 awak call saya lepas solat awak luahkan semua perasaan awak...Masa awak luahkan perasaan awak dan (_______)x nak la cerita kat sini kan ,saya elakkan dari sedih..saya kuatkan diri...Saya dengan tidak ragu terima awak kembali.Masa ni saya nampak awak macam ikhlas dengan saya.Saya cuba memahami diri awak , saya cuba terima kekurangan awak.Sebab saya yakin masa itu awak boleh membimbing saya seperti sebelum ini.Awak sanggup tolong saya ,bila saya memerlukannya...
Kita saling tukar-tukar buku untuk kita dapat ilmu yang sama.
Awak....
Saya sayang awak bukan kerana paras rupa,bukan kerana pangkat dan bukan kerana harta (saya tak kisah itu semua)Tetapi saya sayang awak sebab kita saling melengkapi...
                                thanks 3 ogos 2011

                                           if relay!
                                   if break!

Awak...
Awak dulu selalu fikir saya tidak sayang awak?
Sayang bukan dengan “kata-kata”sahaja awak...tapi saya tunjuk “sayang” itu dengan perbuatan saya setia pada awak.
Tidak lama kemudian ,saya dapat rezeki masuk Universiti tapi keadaan kita berbeza.Tetapi saya tidak kisah sebab tempat kita belajar tidak jauh...
Hari paling indah buat saya pada tahun ini adalah masa birthday saya...Tepat pukul12 baru saya hendak melelapkan mata awak call saya,walaupun awak tanya saya dah tidur ke belum saya jawab je belum.Padahal sebelum tu sebenarnya saya dah tidur...Awak call semata2 untuk wish...Saya hargainya...Pada keesokannya kawan-kawan pula yang wish,satu hari kawan2 bawa saya jalan2...Saya bukan tak nak call awak cepat tapi malam baru saya dapat call...Petang saya bersama kawan2 mereka belanja saya dan lain2...Pada hari itu dan masa itu saya sangat bahagia...
Tetapi setelah selang beberapa hari awak berubah dengan sekelip mata...
Awak dengan secara tiba2 unfollow dan unfriend saya dalam laman sosial ...Awak ...saya tak tahu apa salah saya awak...Kenapa awak sanggup buat saya macam tu...
Kemudian awak bagi alasan “No couple we are friend,my family don’t like our relay.....................”
Awak,
Kenapa hati ini nak menunjukkan saya ikhlas kemudian awak pergi jauh dari hidup saya...?
Kenapa awak tidak pergi sebelum saya sayang awak..?
Kenapa awak Cari saya balik semasa saya habis STAM?
Adakah awak hanya untuk mempermainkan hati saya sahaja?
Kenapa awak tak tahu nilaikan cinta itu?Memang cinta itu buta kita tak nampak tapi saya pasti kita boleh rasa...
Saya MAHALKAN cinta itu untuk awak tapi kemudiannya...
Awak MURAHKAN bagi pada orang lain...
Setelah beberapa minggu baru je kita berpisah awak dah dapat peganti...Awak maaflah saya kata ni...kalau penganti saya itu lebih baik dari saya ,saya tidak kisah walaupun saya kecewa dengan kelukaan yang awak bagi tapi saya tidak sedih jika awak bahagia dengan orang lebih baik dan awak jadi lebih baik.Walaupun awak buang saya macam sampah tapi saya perhatikan setiap pergerakan awak...Awak memang dah berubah..mungkin awak terkena “culture shock”.Awak tahu saya Cuma sedih sebab apa?sebab orang yang banyak tolong saya,orang yang dulunya menjadi inspirasi saya telah berubah...Saya tahu awak masih baik mungkin awak kadang2 berlawan dengan keadaan sekeliling awak...
Saya hanya mampu berdoa agar kita diberi hidayah...Awak tidak rindukan suasana islam ke yang memberikan ketengan jiwa...
Awak...Cuba awak lihat saya sekarang ada tak selepas saya break dengan saya,saya ada layan lelaki macam saya layan awak...Hati ini takut nak bagi kat sapa2 awak...sakit sangat awak....
Awak..saya tahu saya ni tak sempurna banyak melakukan salah...Saya minta maaf ok..Jika kalau sebelum ini saya ada marah awak,itu kadang2 emosi saya je...Saya tidak ada niat nak bermusuh dengan awak...
Awak ingatlah jika belum BETUL2 bersedia,jangan menjanjikan sesuatu yang belum pasti ...memang kita rancang tetapi allah yang menentukan segala-galanya...Jika awak TIDAK BOLEH menunaikan janji berapa ramai awak menyakitkan hati mereka..

                                      2011 ......


 Hati ini mengatakan saya sayang awak kerana allah...awak selami ini saya berubah kerana allah tetapi dengan bimbingan atau dengan nasihat awak...Jika saya berubah kerana awak,mungkin saya memberontak...

Maaflah ni hanya luahan saya...Saya hanya mampu tulis dan saya tak mampu nak luahkan guna mulut...