AHLANWASAHLAN

Saturday, 7 February 2015

Langkah gadis dapat berubah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Lumrah bagi seorang wanita hatinya lembut walau dirinya nampak kasar dan cuma hanya

wanita tersebut untuk belajar  menghiasinya hatinya dengan baik.

DIA seorang gadis yang ingin berubah tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan 

perubahan itu. Hari demi Hari, Minggu demi Minggu, Bulan demi Bulan dia teruja tengok 

orang berubah untuk kebaikan tetapi dia belum  lagi ada kekuatan.



(umur gadis semasa tingkatan 1 dan 2)

Walaupun gadis sudah bersekolah agama selama 2 tahun, tetapi solatnya belum lengkap 5 waktu ( Sehari kadangkala 3x bila duduk dirumah,tetapi di asrama lengkap 5x sehari), pakaiannya belum cukup menutup aurat(Keluar memakai baju ketat dan seluar jeans tetapi still memakai tudung).Jika perkara asas tidak dapat dilengkapkan apalagi perkara-perkara wajib dan sunat yang lain hendak melakukannya.Semakin dewasa gadis telah berfikir dengan matang.


(umur gadis semasa tingkatan 3)

Tahun ini gadis hendak PMR.Gadis rasa gadis perlu berubah untuk jadi lebih baik kerana gadis hendak dapatkan keputusan cemerlang dan hendak membanggakan ibu bapa,guru-guru.Gadis ada cita-cita untuk masuk universiti. Satu hari semasa dalam program motivasi penceramah ada menceritakan tentang Nik NorMadihah pelajar yang dapat 21A dalam spm dan  dia boleh berjaya walaupun keluarganya miskin,ayahnya hanya nelayan dan ibunya hanya suri rumah. Si gadis ingin tahu apa rahsia Nik Nur Madihah kemudian dia ada rasa ingin berjaya seperti Nik Nur Madihah.

Perubahan si Gadis bukanlah perubahan yang dramastik,tetapi dia berubah sikit demi sedikit. Mula-mula dia baca buku Nik Nur Madihah sehingga habis. Dia teruja dengan bangun qiamulail kemudia study, jadi dia cuba bangun malam dengan seminggu sekali. Ustaz si gadis pun pernah berkata siapa yang bangun malam berqiamulail , solat tahajud dan solat  hajat banyak kelebihannya.

Walaupun si gadis buat solat sunat sikit demi sedikit tetapi bila pulang di rumah si gadis tidak cukup solat 5 waktu dan tidak memakai tudung depan saudara lelaki. Hari demi hari si gadis ada belajar kalau dengan sepupu lelaki hendaklah memakai tudung  dan menutup aurat dengan sempurna kerana mereka adalah dikalangan orang yang bukan muhrim.

Masa umur 15 tahun ini lah si gadis banyak diganggu oleh lelaki kerana dengan kecantikan si gadis. Kerana masa ini si gadis tidak menutuip aurat dengan sempurna. Kadang-kadang si gadis merasa rimas walaupun kadangkala si gadis suka orang memuji dia cantik. Tetapi dia kurang berpuas hati kerana mereka semua bukan ikhlas sukakan si gadis. 


(umur si gadis semasa tingkatan 4)

Si gadis berjumpa dan berkawan dengan seorang lelaki yang baik. Di sini lelaki itu banyak menegur tentang menutup aurat dan solat 5 waktu. Pada tahun itu juga dia nak belajar menjadi seorang muslimah. Dia cari kawan yang boleh membantunya. Dia cuba dengan pakaian longgar dan improve untuk solat penuh 5x waktu sehari. kalau hari ini dapat 3x sehari ,esok 4x sehari dan kemudian 5x sehari dan kemudian tidak pernah tinggal solat. Setelah dia jumpa lelaki itu dia nak berubah sebab si gadis telah dapat berfikir jika dia inginkan suami yang baik agamanya ,dia pun perlu menjadi baik.Si gadis ingin berubah kerana Allah,bukan kerana sesiapa.



Setelah itu si gadis ada semangat untuk berubah untuk lebih baik.Si gadis baca bacaan tentang muslimah sejati,tanya kawan-kawan, dengar tazkirah dan tengok senior-senior sekolah pun ada yang dah berubah pakai tudung labuh.



(umur si gadis semasa tingkatan 5)

Pada tahun ni si gadis nak spm. Alhamdulillah, First skali si gadis dapat bertekad tidak meninggalkan solat. Si gadis juga dah tidak meninggalkan solat walau di mana sahaja dan improve solat sunat dan qiamulail. Prastasi dalam pelajaran si gadis pun semakin meningkat.

Kemudian kawan si gadis ada menjual tudung lerang 50. Si gadis cuba untuk membeli dan ada niat untuk pakai 1 hari nanti. Lama juga si gadis beli tudung tersebut tetapi ambil masa untuk memakainya kemudian si gadis pakai waktu bulan ramadhan.Alhamdulillah si gadis rasa lain sangat. Mula-mula si gadis rasa tidak biasa,tetapi si gadis rasa selesa.

Setelah itu, si gadis belajar pakai stokin. Hari pertama pakai stokin keluar rumah dengan mama si gadis dengan memakai seliper. Mama pun berkata "kalau pakai stokin tak sesuai pakai seliper, kejap lagi mama belikan kasut ye". Si gadis hanya tersenyum dan berkata " Tak pe lah mama,dah biasa kat asrama kalau kelas malam pakai stokin dengan seliper je. Mama si gadis tetap belikan kasut untuknya juga. Selama ini si gadis hanya memakai stokin di asrama untuk pergi ke kelas kerana dia sekolah agama tetapi sekarang dia telah mengamalkan apabila di luar. Si gadis juga tidak lagi memakai baju ketat dan seluar ketat kerana mana mungkin tudung lerang 50 nak pakai dengan baju ketat-ketat,si gadis rasa tidak sesuai.

Satu cabaran yang amat besar untuk si gadis konsisten apabila balik ke kampung saudara mara panggil si gadis "ustazah", "ustazah dah sampai kat rumah" sepupu tanya kenapa si gadis pakai stokin walaupun di rumah. Masa itu Allah sahaja tahu perasaan si gadis bagaimana nak mengatasinya. Bila ada yang tegur atau sindir si gadis , si gadis hanya mendiamkan diri. Si gadis berfikir:


            " Biarkan pandangan manusia yang belum tentu baik. Ambil pandangan Allah yang baik,Aku kena kuatkan diri,Aku buat kerana Allah.Biarkan manusia nak cakap sekalipun janji,Allah suka apa yang aku buat dan yang aku buat ini benda baik. Aku ada Allah"


Lama kelamaan sindiran itu sudah tiada apabila si gadis habis sekolah.

 Si gadis juga ada rapat kawan yang memakai tudung lerang 60. Kawan si gadis ajak membeli tudung tersebut. Pada mulanya si gadis berat hati dan si gadis berat hati untuk memakainya kerana dengan badan gadis kecil molek takut nampak labuh sangat. Kemudian kawan si gadis ajak memakai tudung tu dengan brkata "Sini saya ajarkan awak memakainya,percayalah tidak nampak labuh,Betul tak apa yang saya cakap tak labuh sangat kan?".Si gadis pun tegok cermin, dan dia rasa ok. Sejak daripada itu gadis pakai yang bidang 60 tudung.

Si gadis dapat merasakan sejak dia tutup aurat dengan sempurna tiada lagi lelaki yang mengacaunya untuk kenal main-main atau sahaja-sahaja. Setelah itu baru si gadis sedar, lelaki MENGHORMATI gadis yang muslimah dan menutup aurat dengan sempurna.
Dahulu masa si gadis tidak menutup aurat dengan sempurna,lelaki hanya suka melihat kecantikan yang ada dan berfikir senang didekati dan dimainkan.Ada juga lelaki jenis yang ikhlas tetapi susah nak jumpa.

Akhirnya si gadis menjadi seorang muslimah dan berjaya apa yang dia cita-citakan dulu masa si gadis sekolah.

Ok sampai di sini sahaja cerita tentang si gadis ini..

cerita ini hanya diceritakan oleh si gadis dan ditulis oleh saya.
        
"Sesungguhnya Hidayah Allah itu hanya pada orang yang tertentu,orang yang Allah nak bagi Hidayah. Ada juga orang bukan islam apabila dia dapat hidayah yang Allah bagi,kemudian dia masuk islam dia seperti kain putih yang bersih dan bayi yang baru lahir,kemudian melakukan ajaran islam dengan betul.Ada juga orang yang dalam islam sejak lahir lagi, tetapi tiada hidayah atau Allah belum bagi hidayah padanya,dia melakukan kemungkaran pada Allah,tidak mengikuti perintah Allah. So, Rajin-Rajinlah berdoa supaya diri kita sentiasa diberi Hidayah.Amin."