REFLEKSI HUJAN
Ayahku seorang pendiam .Walaupun dia nampak tidak mengambil
tahu tentang anak-anaknya,tetapi dia 
sayang anak-anaknya cuma dia tidak tahu
untuk menunjukkan kasih sayangnya.Saya anak sulung dari tiga 
beradik.Jadi  saya menjadi contoh kepada adik-adik.Kejadian
ini terjadi semasa saya tingkatan 2 dan saya 
bersekolah di Sekolah Menengah
Agama .Hari Ahad yang indah dan cuaca yang redup aku 
bersiap-siap
untuk balik ke Asrama.Walaupun hati macam tak nak balik ke Asrama,tetapi cuba
 merelakannya.Aku pakai baju sekolah,tudung labuh berwarna putih dan kasut
sekolah berwarna hitam 
dengan beg sederhana besar.Di sebabkan rumah saya
bahagian pendalaman dan bas jarang ada di kawasan
 kampung ,ayah bercadang akan
menghantar saya ke asrama.Keluarga saya tidak mempunyai kereta dan 
Cuma ada
hanya motor sahaja.Saya cuba menguatkan hati dan niatkan kerana Allah.Ayah
menghantarku 
pada jam 4 petang.Sesuana cuaca redup sahaja.Tiba-tiba dalam
perjalanan hendak pulang ke asrama,pada
 mulanya hujan reyai-reyai sahaja.Ayah
meneruskan juga perjalanan ,habis baju saya dah basah sikit akibat 
kereta lalu
di sebelah dan langgar lecak. Kemudian,hujan semakin lebat . Ayah
memberhentikan motor dan 
berteduh di bawah kedai runcit.Tunggu berapa minit hujan
reda.Kemudian hujan lebat balik,dan ayah 
berhentikan motor dan berteduh.Saya
hanya mendiamkan diri.Beberapa kali teraksa berhenti dan 
jalan.Dalam hatiku
berkata “kalau ada kereta kan best...Tidak mungkin akan jadi macam
ini...”Tetapi saya 
tidak pernah merungut depan ibu bapaku kerana saya faham ibu
dan ayah bukannya orang senang seperti 
orang lain.
        Setibanya
di Asrama dalam jam 5.30 petang saya melihat ramai kawan-kawan semua dihantar
oleh 
keluarga mereka dengan kereta.Saya turun dari motor dan ayah memberi duit
RM30 dan berkata “cukup 
tak ni”.Saya hanya menjawab “cukup” .Kemudian saya
salam ayah,terus ayah pulang.Lepas saya masuk di 
asrama,dalam beberapa minit
saya melihat di luar,hujan lebat.Aku terfikir mesti ayah basah kuyup.
        Sejak dari
peristiwa itu,saya berjanji pada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh
untuk
 mengubah nasib keluarga.Tidak lama kemudian keluarlah berita tentang
pelajar cemerlang iaitu Nik Nur 
Madihah.Kemudian saya jadikan idola saya untuk
lebih berjaya pada masa hadapan.
.jpg)