Bermulanya perkenalan kita di sekolah menengah
semasa awak jaga kelas saya…
Saya dahulunya seorang yang pendiam dan tidak suka
dengan namanya “lelaki”…
Tetapi apabila awak mahu berkawan dengan saya
,saya cuba untuk berkawan walaupun berat hati sebenarnya…
Awak bagi nombor telefon awak pada saya,dan bila
balik asrama saya terus misscall dan awak dapat agak itu adalah saya…
Saya ingat lagi masa tu kawan2 saya cakap awak ni
baik,pandai,dapat pelajar terbaik…kawan2 bagi semangat untuk berkawan dengan
awak…
Walaupun saya tahu saya banyak kekurangan…Saya
tidak sepandai dalam akedemik ,tidak aktif dalam kokorikulum…Tidak cukup
solat,tidak menutup aurat dengan sempurna…
Setelah sebulan kita kenal…Saya tidak sangka,awak
suka dekat saya,Awak nak jadikan saya “Teman Istimewa”…walaupun Saya banyak
kali bagi macam2 alasan tetapi awak tidak berputus asa untuk dapatkan saya…Bila
telah 3 atau 4 kali baru saya terima awak…Sejujurnya berat hati nak terima tapi
kawan2 kata “awak Nampak ikhlas dengan saya..”
Tidak lama kemudian awak jadi ketua pengawas
sekolah…Setiap hari isnin saya tunggu awak bagi m/c dekat perhimpunan…Awak
bakal menghadapi spm…saya selalu bagi semangat dekat awak…sebab saya nak
awak Berjaya…awak begitu juga bagi saya
semangat bila saya lemah…
Awak sangat ambil berat dengan saya...kawan2 awak
,kawan2 saya ,cikgu2 ,keluarga kita semua tahu tentang kita…Mula2 saya malu
semua orang tahu tetapi saya berfikir saya tak nak hipokrit…
saya rasa saya perlu pulangkan balik benda nie...
jangan ada benci
Sejak daripada itu ,awak banyak mengubah hidup
saya…awak selalu tegur saya jika saya tidak cukup solat,sehingga saya cukup
solat,jika saya tidak menutup aurat dengan sempurna awak tegur saya…saya
berubah sikit demi sedikit…Sejak daripada itu saya mula rasa sayang pada awak..
Bila awak masuk masuk maahad awak lebih menekankan
pada agama…Walaupun masa itu awak Nampak lemah,saya selalu bagitau “awak
boleh”…
Dulunya saya tidak stokin ,pakai seluar jeans saya
nak berubah menjadi lebih baik..Nak jadi lebih baik macam awak…saya menutup
aurat dengan sempurna dan hendak menjadi wanita solehah…
Walaupun banyak kali awak gaduh dengan saya,mesti
tidak lama kemudian kita akan berbaik semula…
Sehingga awak habis sekolah maahad,awak sunyi
tanpa saya,sebab saya pula masuk maahad dan kemudian awak hendak masuk
university,
suatu hari saya balik dari asrama tiba2 ,saya
Nampak awak call saya,masa tu gembiranya hati saya…tetapi bila saya angkat saya
tidak sangka saya dengar suara awak dengan seorang perempuan…bila saya tengok
dalam facebook ,awak dah lain…saya Nampak gambar awak dengan budak perempuan
itu…Saya sedih sangat pada itu,saya mengigatkan “tentang kita”..bagi nasihat
dekat awak dan minta awak pilih dia atau saya…Tidak lama kemudian saya terharu
sangat awak minta maaf dekat saya dan tidak menyangka awak masih sayang dekat
saya.awak terus putus dengan budak perempuan itu.Kemudian bermulalah kehidupan
awak di universiti dan saya masih di maahad .
Pada suatu hari,lagi 3 bulan saya hendak peperiksaan
besar, saya meminta awak kita menjadi kawan seperti biasa dan kalau ada benda
yang penting baru kita berhubung sebab saya hendak fokus dalam pelajaran ,dan
saya berjanji nanti lepas peperiksaan kita akan sambung balik..walaupun saya
berat hati pada mulanya hendak berbuat begitu tetapi saya kuatkan hati saya
tidak pasti kita boleh melakukannya ataupun tidak sebab saya takut awak cari
yang baru yelahh sebab awak kan dekat universiti...
SELEPAS 3 BULAN
Belum lagi saya sampai rumah sehabisnya
peperiksaan saya telefon mak saya,mak saya dan adik dah bercerita tentang
awak...mereka kata “awak tanya saya bila balik rumah “ awak tahu tak apa
perasaan saya?hati saya berbunga2..rupanya awak tak melupakan saya.Sejak
daripada itu saya rapat dengan awak balik.Saya tidak sangka awak tunggu
saya,walaupun kadang2 hati tidak mengharapkannya...
Bila awak kata”kenapa saya baik sangat pada awak?”
Nak tahu sebab apa? “saya nak jadi terbaik untuk
awak”
Setiap kali saya ada masalah,saya akan cerita pada
awak,dan awak akan bagi semangat...
Awak ...saya hargai tu semua...
Begitu juga awak..saya berada di sisi awak,untuk
memberi sokongan pada awak...
Sampai satu tahap awak mintak putus pada saya...
“Awak kata kita tak boleh bercouple ,haram dalam
islam..kita jadi kawan biasa je..”masa itu hanya allah tahu betapa hancurnya
hati saya.Lagi2 masa itu bagi saya lagu cinta terlarang by kagen band.Saya
menangis bukan pertama kalinya.Saya fikir awak hendak berubah.Setiap kali
selepas saya solat ,saya akan menangis.Setelah
sekian lama.Tiba2 awak call saya lepas solat awak luahkan semua perasaan
awak...Masa awak luahkan perasaan awak dan (_______)x nak la cerita kat sini
kan ,saya elakkan dari sedih..saya kuatkan diri...Saya dengan tidak ragu terima
awak kembali.Masa ni saya nampak awak macam ikhlas dengan saya.Saya cuba
memahami diri awak , saya cuba terima kekurangan awak.Sebab saya yakin masa itu
awak boleh membimbing saya seperti sebelum ini.Awak sanggup tolong saya ,bila
saya memerlukannya...
Kita saling tukar-tukar buku untuk kita dapat ilmu
yang sama.
Awak....
Saya sayang awak bukan kerana paras rupa,bukan
kerana pangkat dan bukan kerana harta (saya tak kisah itu semua)Tetapi saya
sayang awak sebab kita saling melengkapi...
thanks 3 ogos 2011
if relay!
if break!
Awak...
Awak dulu selalu fikir saya tidak sayang awak?
Sayang bukan dengan “kata-kata”sahaja awak...tapi
saya tunjuk “sayang” itu dengan perbuatan saya setia pada awak.
Tidak lama kemudian ,saya dapat rezeki masuk
Universiti tapi keadaan kita berbeza.Tetapi saya tidak kisah sebab tempat kita
belajar tidak jauh...
Hari paling indah buat saya pada tahun ini adalah
masa birthday saya...Tepat pukul12 baru saya hendak melelapkan mata awak call
saya,walaupun awak tanya saya dah tidur ke belum saya jawab je belum.Padahal
sebelum tu sebenarnya saya dah tidur...Awak call semata2 untuk wish...Saya
hargainya...Pada keesokannya kawan-kawan pula yang wish,satu hari kawan2 bawa
saya jalan2...Saya bukan tak nak call awak cepat tapi malam baru saya dapat
call...Petang saya bersama kawan2 mereka belanja saya dan lain2...Pada hari itu
dan masa itu saya sangat bahagia...
Tetapi setelah selang beberapa hari awak berubah dengan
sekelip mata...
Awak dengan secara tiba2 unfollow dan unfriend
saya dalam laman sosial ...Awak ...saya tak tahu apa salah saya awak...Kenapa
awak sanggup buat saya macam tu...
Kemudian awak bagi alasan “No couple we are
friend,my family don’t like our relay.....................”
Awak,
Kenapa hati ini nak menunjukkan saya ikhlas
kemudian awak pergi jauh dari hidup saya...?
Kenapa awak tidak pergi sebelum saya sayang
awak..?
Kenapa awak Cari saya balik semasa saya habis
STAM?
Adakah awak hanya untuk mempermainkan hati saya
sahaja?
Kenapa awak tak tahu nilaikan cinta itu?Memang
cinta itu buta kita tak nampak tapi saya pasti kita boleh rasa...
Saya MAHALKAN cinta itu untuk awak tapi
kemudiannya...
Awak MURAHKAN bagi pada orang lain...
Setelah beberapa minggu baru je kita berpisah awak
dah dapat peganti...Awak maaflah saya kata ni...kalau penganti saya itu lebih
baik dari saya ,saya tidak kisah walaupun saya kecewa dengan kelukaan yang awak
bagi tapi saya tidak sedih jika awak bahagia dengan orang lebih baik dan awak
jadi lebih baik.Walaupun awak buang saya macam sampah tapi saya perhatikan
setiap pergerakan awak...Awak memang dah berubah..mungkin awak terkena “culture
shock”.Awak tahu saya Cuma sedih sebab apa?sebab orang yang banyak tolong
saya,orang yang dulunya menjadi inspirasi saya telah berubah...Saya tahu awak
masih baik mungkin awak kadang2 berlawan dengan keadaan sekeliling awak...
Saya hanya mampu berdoa agar kita diberi
hidayah...Awak tidak rindukan suasana islam ke yang memberikan ketengan jiwa...
Awak...Cuba awak lihat saya sekarang ada tak
selepas saya break dengan saya,saya ada layan lelaki macam saya layan
awak...Hati ini takut nak bagi kat sapa2 awak...sakit sangat awak....
Awak..saya tahu saya ni tak sempurna banyak
melakukan salah...Saya minta maaf ok..Jika kalau sebelum ini saya ada marah
awak,itu kadang2 emosi saya je...Saya tidak ada niat nak bermusuh dengan
awak...
Awak ingatlah jika belum BETUL2 bersedia,jangan
menjanjikan sesuatu yang belum pasti ...memang kita rancang tetapi allah yang
menentukan segala-galanya...Jika awak TIDAK BOLEH menunaikan janji berapa ramai
awak menyakitkan hati mereka..
2011 ......
Hati ini mengatakan saya sayang awak kerana allah...awak selami ini saya berubah kerana allah tetapi dengan bimbingan atau dengan nasihat awak...Jika saya berubah kerana awak,mungkin saya memberontak...
Maaflah ni hanya luahan saya...Saya hanya mampu tulis dan saya tak mampu nak luahkan guna mulut...