AHLANWASAHLAN

Monday, 1 September 2014

Kau dapat result Pointer Berapa?



Asalamualaikum...keep calm and zikrullah...
zaman di kampus tidak terlepas daripada study,assignment,presentation dan lain-lain lagi...Bila keputusan periksa dah keluar masing-masing  ada yang bertanya...
"pointer kau berapa?"
yang bertanya tentu-tentunya dapat yang cemerlang supaya orang tanya dia balik.Tetapi ingat...ada kawan kita yang tidak senasib dengan kita...pointernya rendah..Mesti dia malu dengan kawan-kawan untuk memberitahu.

Pointer itu mencerminkan kita?

Dia dapat Dekan.Hebatnya Dia.Tiap-tiap semester dapat dekan.
1)Ada yang pandai dan akhlaknya baik,Tidak suka menunjuk ,Tolong kawan-kawan kesusahan.
2)Tetapi ada setengah orang Pandai tetapi sombong , dia rasa dia semua betul ,kalau group yang melibatkan presentation dia nak budak yang pandai-pandai jee (golongan ini golongan istidraj)

Ada juga golongan sederhana yang cuba fight untuk dapat yang terbaik,ada juga yang tidak mengambil kisah tentang resultnya dan ada juga yang tidak rajin.Ada juga yang belaja je tetapi tak join program.Macam-macam keadaan kita akan nampak.

Btw ini adalah pendapat saya.

"Pointer bukan segala-galanya"
Bukannya saya kata tak perlu belaja bersungguh-sungguh untuk dapat dekan ,tetapi ini pendapat saya.
Saya pernah dengar abang dan kakak usrah,senior kat kampus yang dah habis belaja dan telah bekerja kata

"Masa interview dan alam pekerjaaan dia tak tanya kita dapat pointer berapa,yang dia tengok adalah kualiti kita berkomunikasi dan kepimpinan kita macam mana"

jadi ,nasihat saya kita sekarang di dalam kampus...kita bukan lagi pelajar sekolah.Kalau pelajar sekolah dia memang tengok result dan kemudian keluar dekat UPU.Kalau keutusan kita kurang baik ,kita akan ketinggallan,Tetapi bila dah masuk zaman kampus ni lain,kita kena lebih proaktif.Kena join persatuan,organisasi dan kelab yang ada kerana selepas habis belajar mestilah kita nak dapat kerja.Untuk mendapatkan kerja mestilah kena interview dan dari situ dia dapat lihat bagaimana dengan kemahiran insaniah kita.

Murabbi saya sentiasa berpesan bila dah duduk di alam kempus JANGAN JADI MACAM

"kefe"
"katil"
"kuliah"

1)Janganlah jadi bila berada di kampus lepas kuliah dan kemudian kafe dan katil.Jadilah insan yang sibuk dengan mengikuti persatuan dan kelab kerana dengan join semua ini automatik kemahiran insaniah kamu akan lebih bertambah.

2)Janganlah jadi kejarkan assignment dan study je sepanjang masa tanpa mengikuti mana-mana kelab dan persatuan.Join persatuan dan kelab adalah sangat penting dalam masa peringkat universiti atau kolej. 

3)Jangan ikut orang lain,yang penting kita ada pendirian.

4)Biar kita tak sehebat orang lain hanya pointernya bagus tetapi tiada join mana-mana persatuan dan kelab,Tetapi kita join dan sibuk menghabiskan masa dengan persatuan dan kelab sebab biasanya jika kita ikut persatuan dan kelab kita akan lebih banyak tolong orang dan sedekah tenaga kita.Mana tahu satu hari nanti Allah akan tolong kita balik ,dia akan mudahkan kita semasa habis belaja.

5) Yang paling penting,Join usrah.Jika kamu kos agama ianya menjadi modal untuk kamu praktikan dan amalkan.Jika kamu bukan kos agama ,inilah masa untuk mendapatkan ilmu agama yang ada pada diri.

Akhir kalam,jadilah insan yang boleh "memberi" sesuatu pada orang lain dan bahagiakan orang lain.Rapatkan Ukhwah dengan semua orang.Moga-moga Allah bantu.




3 comments:

  1. Salam singgah :) saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam.
    setuju sangat. pada pendapat saya, bila kita busykan diri dengan program selain bersifat akademik, kita akan lebih menghargai nikmat masa yang Allah bagi. Cthnya, pagi sampai petang busy dgn kelas, group discussion dan assgment. Malam masa untuk berprogram atau join usrah. Hakikatnya badan memang penat. Tapi bila jumpa sahabat tu, dengar perkongsian mereka dan dapat banyak santapan rohani... kita jadi lebih kuat dan lebih bersemangat :) InsyaAllah lebih yakin untuk maju ke hadapan.

    Ada orang jugak, dia busy kan diri dengan semua benda tu tapi exam tak boleh perform. Sebenarnya kalau di fikir secara positif , Allah nak beri dia peluang untk dia bermuhasabaha diri dan cari potensi diri dia. Bukan kata lepas pointer cukup makan atau gagal subjek kena stop kerja dakwah, mungkin ada kekurangan yang kita tak sedar. Kat situ lah Allah nak bagi masa untuk kita reflect diri. Itu masa terbaik untk kita berubah dan berusaha dekat diri dengan Allah :)

    Hihihi sekadar bagi pandangan.
    Semoga tabah sentiasa .
    Semoga jadi orang hebat.
    Semoga Allah redha dengan usaha kamu dan saya :)

    semoga kita dapat berkongsi ilmu bersama <3

    -chott
    comotsikit.blogspot.com

    ReplyDelete