AHLANWASAHLAN

Monday, 14 July 2014

Tip Cara Belajar Yang Berkesan mengikut VARK

Saya nak kongsikan sesuatu,..Kalau nak tahu selama ini saya belajar dengan cara yang salah.Ekh bukan cara yang salah,Tetapi cara belajar yang kurang berkesan,Tetapi setelah saya mengikuti ujian VARK ni ,saya dah tahu cara belajar saya yang  berkesan.Alhamdulillah..Ini semua berkat saya jumpa kaunselor..

Sebelum ini saya belajar dengan membaca buku diatas meja memanjang..tetepi sepatutnya itu bukan cara saya yang paling berkesan.Saya jenis orang yang belajar melalui praktikal dan tidak perlu membaca dan duduk di atas meja lama-lama...Selepas saya ikut ujian VARK ini,baru saya sedar,cara belajar saya ikut diri saya salah..Patutlah saya tengok orang lain tidak belajar banyak lebih dari saya tetapi dah dapat result yang bagus dan lebih hebat dari saya semasa sekolah dahulu.Bila Saya masuk Universiti Baru saya tahu cara saya belajar yang berkesan...saya juga rasa rugi baru tahu sekarang..tetapi Alhamdulillah saya dapat tahu juga bagaimana cara saya hendak belajar nanti dan saya akan gunakan sehingga akhir hayat saya...

Ok ..kalau nak tahu boleh juga ikut ujian ini dari internet...
Buka Link ini.. :  http://www.vark-learn.com/english/page.asp?p=questionnaire

Ok...mesti keluar gambar di bawah...
         STEP 1)
                                          kemudian boleh tukar bahasa,Jika tak nak menggunakan 
                                         bahasa english untuk jawab soalan.

            STEP 2)Dah jawab soalan klik bahagian OK...


          STEP 3) Itulah keputusan Cara Anda belajar yang paling sesuai ...Yang Paling tinngi markahnya        itulah yang paling sesuai...


Kemudian Jika anda Tinggi bahagian visual itu anda boleh klik visual yang kat bawah...Sama juga yang lain itu panduan cara anda belajar dengan lebih berkesan...

SELAMAT MENCUBA
 Jika Ada Pertanyaan boleh komen di bahagian bawah...

SEMOGA BERMANFAAT (^-^)

Friday, 11 July 2014

Selamatkah negara kita? Jom luangkan 10minit sahaja..

Salam Ramadhan semua!
Saya ingin kongsikan sesuatu..



JOm luangkn msa 10 mnit....... PErsatuan melayu murtad or IFC International forum council sudah dilulus registrn n x kuar newz.
 Sila cari majalah millenium: ASTAGHFIRULLUHA'AZIM MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~ DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!.. persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!.. Injil telah dicetak & di edar... IFC buat RoadshoW besar-lbesaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam).... gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama... Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. 
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk binca ng di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan. 
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
 9) Mana-mana pasangan yang. Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara. 
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Mil lenium Muslim Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'... Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai boleh nak buka! ---------------------------------------------------------------
 **SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM copy paste jer... Allahhuakbar..nauzubillah Kengkawan...mohon sesama cr kebenaran cite ini..somput dada baca kalu btui...copy dr group sebelah..tgh hangat depa berdebat pasai ni Nak tanya kekwn ada dpt msge ni tak. ....takut nyer. ..nauzubillah. ...





Sumber: From facebook...
Anda fikir negara kita selamat...Allah masih memberi kita masa untuk bertaubat dan tanda Allah sayang dekat kita...Sungguh ...Dunia hampir Akhir zaman...Adakah anda telah bersedia untuk menempuhinya?Kita ni ummat akhir zaman yang penuh dengan dugaan macam ni...Jika akidah kita tidak kuat,habislah seluruh diri kita iaitu melanggar perintah Allah...Sebab itu kita harus mempelajari agama islam dengan betul..yang penting kita tidak akan tinggal solat 5 waktu sehari semalam..Negara Malaysia diuji dengan kemewahan,masaalah sosial seperti penzinaan,...Kemewahan yang Allah bagi pada rakyat Malaysia itu tanda Allah menguji kita,antara kita bersyukur dengan nikmatnya atau tidak...Jangan sampai Kita lupa pada Allah,kemudian Allah marah pada kita dan Allah turunkan bala pada kita  sepeti bencana..Dan pada saat itu baru kita sedar dan bersyukur...
Pada bulan Ramadhan ini juga kita digempar-gempurkan dengan peperangan israil di gaza...Allah menguji umat islam di sana dengan peperangan...Mereka sangat dekat dengan Allah Kerana sentiasa meminta pertolongan dari Allah.KIta Allah menguji kesenangan,mudah ke nak ingat Allah?kebanyakannya ramai yang terleka.

''Allah menguji di bumi palestin dgn peperangan...
Kita diuji dengan masaalah mcm ini.(kemewahan,masaalah sosial)..
Kalau di bumi palestin berjuang untukmati syahid dalam peperangan...
Apapula tindakan kita untuk berjuang di negara kita untuk mempertahankan islam?
Itu semua memerlukan tepuk dada tanya iman....''


Saturday, 5 July 2014

Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita



KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?
QURAN MENJAWAB: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” -Surah Ali-Imran ayat 139

KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45 

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? 
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....” -Surah At-Taubah ayat 111 

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA: BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN LAGI??!!
QURAN MENJAWAB: “.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12


Thursday, 3 July 2014

Mahu Berjaya?Jom baca This entry..


Assalamualaikum blogger...dah beberapa hari tak update blogger..huhu...kalau nak tegok video ,boleh tekan pause lagu yg kat atas tu...Video ni banyak memberi inspirasi pada saya...Hidup bagaikan roda ,kadang-kadang kita berada dibawah dan kadang-kadang kita berada di atas.Jadi,jangan pernah berputus asa apabila kita terjatuh dan tersungkur.Bangunlah dan bangkitlah dengan penuh semangat ,Sesungguhnya orang yang tidak pernah putus asa dia akan berjaya...kalau perasan video ini ada 4 situation ...Di sini saya nak kaitkan moral of this story dengan belajar.


Situasi yang pertama: Kadang-kadang kita tengok kawan kita study sikit je dan dia boleh spend masa dengan jalan-jalan ,tegok movie dah boleh dapat markah tinggi,tetapi kita belajar dan berusaha,tidak boleh dapat markah yang macam dia.JANGAN RISAU..Tengok situasi yang pertama,kura-kura menang sebab rabbit leka dan dia over confident.


Situasi yang kedua:Kalau kita consistent je belajar dengan kelebihan yang kita ada...kita akan berjaya...Sebab tu rabbit boleh menang!


Situasi yang ketiga:Orang yang tidak ada kelebihan seperti orang lain (dia ada sedikit kelemahan) Dia boleh lebih BERJAYA dengan dia bijak dan pandai mengatur strategi dengan menggunakan kelebihan yang dia ada...


Situasi yang ke empat: Jika kita saling bantu membantu sudah tentu ,kita  boleh berjaya sama-sama.Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahanya sendiri.Mungkin kelebihan kita tidak ada pada orang lain dan kelebihan orang lain tidak ada pada kita...itu sebabnya perlunya kerja dalam kumpulan dan team.. :)