AHLANWASAHLAN

Tuesday, 12 April 2016

PERSEDIAAN SEBELUM BERKHAWIN? -01

Gadis baru balik dari kuliah, dalam hati getus “ Serabutlah tengok rumah, dah lah baru dapat assignment banyak tetiba balik rumah tengok rumah bersepah”. Dia tinggal dalam 4 orang serumah tetapi ada 2 bilik yang berlainan. Satu bilik 2 orang pelajar.

Si gadis muhasabah diri

“ Tak pe lah biar gadis je yang kemas rumah apa salahnya, tetapi kenapa muka gadis sahaja yang kemas, bukan barang gadis dan bukan gadis yang buat sepah, kenapa diorg tak terfikir nak kemas ye? Diorang kan perempuan, macam mana lah diorang nak kawin ni kemas rumah pun tak pandai.” 

Fikir gadis
“ gadis cuba bayangkan orang yang berumah tangga, dulu duduk single, so tak ada masaalah.. Kalau duduk berdua semua kena kongsi, kena bertolak ansur, terfikir sekejap, nanti masa depan gadis nak jadi suri rumah ke nak jadi wanita berkerjaya..Haha,, pening juga kepala, tapi tak apa kita follow the flow kan?. Kalau gadis nak bekerja mampukah gadis jadi dua-dua dan dah ada anak yang selalu bersepahkan rumah? Kalau kemas rumah balik dari kuliah je pun nak mengeluh, rumah sendiri Cuma berkongsi dengan kawan2, sikit je ujian tu…belum lagi bersuami da nada anak2 ataupun mak sakit kena jaga..”

Yeah! Akhirnya gadis dapat ikhlaskan hati…
Persedian untuk jadi seorang yang anak yang solehah di rumah, persediaan menjadi orang yang bertakwa,
“ kebersihan kan separuh daripada iman”
Anda dah bersedia nak menempuh hidup masa hadapan yang semakin dewasa? Anda perlu ubah diri anda sikit demi sedikit menjadi yang harmonikan keadaan dengan mengemas rumah, memasak dan kerja- kerja di rumah. WAJIB tahu walaupun sebesar mana pangkat kita.

“ Kerja mengemas dan memasak kerja siapa? Lelaki atau perempuan? Kerja kedua2nya secara toleransi.. lagi lagi jika kedua-duanya bekerja.. "

Sesungguhnya urusan rumahtangga adalah tanggugjawab suami bukan isteri, isteri hanya membantu... 
cuba baca dekat link di bawah ini.. :)
http://kursusperkahwinan.com/urusan-rumahtangga-adalah-tanggungjawab-suami-bukan-isteri/

Saturday, 19 March 2016

MEMORIES

" MENGAPA AKU TERINGAT KISAH DAHULU? "


Dalam kehidupan kita ada yang datang dan pergi dalam hidup kita.
Lumrah bagi kita, kerana orang yang hidup akan mati juga.

Dunia akhir zaman kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku.
Let's pray jika kita rindu.
Dalam ramai- ramai sahabat kita,
Tidak ramai yang memahami kita,
Tidak ramai yang boleh menghargai kita sebagaimana kita menghargai dia,
Tidak ramai yang menyenangkan kita,
Yang penting tidak ramai yang menyukai kita.
Tetapi jangan menangis jangan kecewa kerana percayalah ada
BEBERAPA yang menghargai dan SAYANG kepada kita.
Terutama yang maha pencipta iaitu Allah sayangkan kita.
Hargailah orang yang menghargai kita keranaa..
Merekalah yang teristimewa dalam kehidupan kita..
Mereka sahaja boleh membahagiakan kita.
Kita sahaja yang boleh pilih antara BAHAGIA atau DUKA,
Yakinlah setiap ujian yang diberikan kepada kita
Tanda Allah SAYANG pada kita,
Supaya kita lebih dekat denganNya.


refleksi diri. :)

Saturday, 13 February 2016

LIMA NASIHAT UNTUK PASANGAN MUDA

LIMA NASIHAT BUAT PASANGAN MUDA.
Melihat tingginya kadar perceraian dikalangan pasangan yang baru berkahwin, rasa amat gerun dan sedih. Ikatan perkahwinan seolah satu permainan, seolah nikah cerai ini benda yang boleh dibuat main-main, apatah bila bercerai atas sebab-sebab yang amat remeh.
Ketahuilah, dalam banyak keadaan, perceraian tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menambah lagi masalah, tambah-tambah jika telah mempunyai anak, kesannya bakal berlanjutan puluhan tahun, bahkan mungkin memakan generasi.
Ada lima perkara yang saya ingin kongsikan berkenaan perkahwinan, terutamanya buat pasangan muda. Bukan kerana rumahtangga saya yang terbaik, tapi atas dasar nasihat menasihati agar kita semua menjadi lebih baik.
Pertamanya, rancang kewangan dengan cermat, sebelum dan selepas perkahwinan, kerana terlalu banyak pasangan yang bercerai kerana masalah ini. Elakkan berbelanja terlalu besar untuk majlis perkahwinan. Bawa berbincang dengan ibu bapa tentang hantaran dan kenduri kendara, tambah-tambah dalam kegawatan ekonomi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Sederhana adalah kunci bahagia.
Selepas berkahwin, hiduplah seadanya. Tidak mengapa jika masih tidak mampu berkereta atau tinggal di rumah yang tidak ada perabot yang lengkap. Mungkin pada 6 bulan pertama, terpaksa tidur hanya di atas toto dan duduk-duduk pun di atas kerusi plastik. Jangan terjebak dengan pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit hanya untuk memuaskan nafsu dan membeli barang-barang yang masih belum mampu dimiliki.
Insya-Allah, lama kelamaan, hidup akan lebih stabil, jika kena caranya. Cuma perlu ada kekuatan untuk hidup sederhana dan lasak pada awal-awal perkahwinan.
Kedua, terimalah pasangan seadanya. Bersabar atas kekurangannya dan sama-sama berganding bahu menambah ilmu untuk menjadi lebih baik. Suami ada kelemahan dan isteri juga ada kelemahan, jangan mengharap sempurna dari pasangan atau membanding-banding dengan suami/isteri orang lain, bahkan jangan sesekali membanding-banding suami/isteri dengan ayah/ibu sendiri. Itu pantang yang cukup besar dalam rumahtangga.
Awal-awal perkahwinan, isteri mungkin tidak berapa pandai memasak dan suami juga masih belum memahami emosi si isteri. Jadi, banyak bersabar dan memaafkan, insya-Allah, buah dari kesabaran dan kemaafan adalah rasa manis dan bahagia yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ketiga, masuklah dalam rumahtangga dengan minda untuk memberi dan berbakti, bukan untuk menerima. Jangan terlalu awal menuntut hak itu dan ini, andai kita sendiri masih belum cukup berbakti kepada suami/isteri dan anak-anak. Tidak ada salahnya suami mencemar duli melakukan kerja-kerja rumah ketika isteri penat dengan pelbagai tanggungjawab dan tidak ada salahnya juga isteri mengeluarkan wang untuk belanja asasi keperluan rumah. Jangan berkira atau ada sifat kedekut dengan pasangan dan anak-anak.
Dalam zaman di mana suami dan isteri sama-sama bekerja, perlu lebih banyak ‘give and take’, namun jangan sampai tugas-tugas asasi suami dan tugas asasi isteri ini terbalik hingga suami gagal memberi nafkah dan isteri pula tidak mengurusi keluarga dengan sebaiknya. Buruk padahnya nanti.
Keempat, jaga hubungan dengan mertua, tapi, jangan sampai terlebih-lebih pula kerana campurtangan mertua juga adalah antara punca besar keretakan rumahtangga. Elakkan dari tinggal bersama mertua kecuali jika ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sangat. Banyak masalah hubungan dapat dielakkan jika tidak tinggal bersama atau terlalu dekat dengan mertua.
Suami perlu ada pendirian agar ketaatan kepada ibu ayah tidak dijadikan alasan untuk menzalimi isteri. Isteri juga perlu faham bahawa ketaatannya adalah pada suami, bukan lagi pada ayah dan ibu sendiri, namun begitu, ia bukan lesen bagi suami untuk bermudah-mudah dalam hubungannya dengan mertua sebelah isteri. Keseimbangan dan kebijaksanaan dalam berdiplomasi adalah kuncinya.
Kelima, dan yang paling penting, binalah taqwa dalam rumahtangga. Dengan adanya taqwa dan hubungan yang erat dengan Allah, rahmat Allah mudah untuk turun dalam rumahtangga. Bila turunnya rahmat dalam rumahtangga, mawaddah akan hadir menghiasi hubungan antara suami dengan isteri.
Amalkan solat (sunat) berjemaah bersama-sama di rumah, bangun tahajjud, pergi ke majlis ilmu dan tadabbur Al Quran bersama-sama. Elakkan unsur-unsur lagha di dalam rumah, jauhkan rancangan-rancangan televisyen yang merosakkan dan hiburan-hiburan yang melalaikan. Bina suasana seperti masjid di dalam rumah, insya-Allah, bahagia akan menjadi milik kita.

#copypaste from FB 
SHARING IS CARING

TIPS TEMUDUGA YANG ANDA PERLU TAHU

7 perkara calon temuduga perlu tahu. Perkara ini banyak calon temuduga tidak tahu.


1. Penemuduga menilai anda dari mula anda submit resume, jawab email, jawab telefon dan jawab SMS. Kalau jawab email Bahasa Inggeris dengan jawapan Bahasa Melayu pun majikan sudah potong markah, kalau kita beri salam dan anda jawab "siapa ni ye? ada apa?" dengan nada yang tidak sopan pun anda kena potong markah. Kalau call 3 kali tidak berjawab memang sah anda tidak layak untuk hadir interview. Bila anda sudah mula mencari kerja, belajarlah menjawab telefon dengan baik dan expect setiap number yang masuk di telefon anda adalah orang yang hendak panggil interview. Tidak susah kan?

2. Penemuduga akan tengok Facebook atau Instagram anda. Kalau anda privatekan akaun anda kebanyakkan bakal majikan tidak suka. Bakal Majikan mahu "kenal" anda sebelum anda datang interview. Maka buanglah gambar anda berpeluk sakan dengan boyfriend/girlfriend, padamlah gambar-gambar yang mengaibkan, deletelah posting-posting anda yang berunsur provokasi, mencarut, mengarut dan menyumpah seranah sipolan sipolan. Anda mencerminkan diri anda di media sosial. Jangan lupa GOOGLE. Kalau ada tulisan buruk tentang anda di mana-mana blog, forum, facebook ke apa ke dan kami jumpa, susahlah anda. Jadi jaga diri baik-baik.

3. Penemuduga menilai anda sejak mula anda datang. Lewat 5 minit potong markah. Awal 30 minit tambah markah. Cara ketuk pintu pun kami beri markah. Cara anda tarik kerusi pun kami tengok. Malah cara anda salam tangan penemuduga pun kami sudah boleh baca siapa anda. Jika anda beri jawapan atau bercakap seperti ini "Selepas saya terima panggilan daripada pihak Puan, saya terus cari lokasi di GPS dan semalam saya sudah datang. Untuk pastikan saya tidak sesat hari ini" - penemuduga akan tambah markah sebab anda rajin dan komited. Good job!

4. Penemuduga tidak sibuk tengok transkrip anda, dan file tebal anda pun. Penemuduga mahu dengar suara anda, jawapan anda. Lenggok gaya bahasa tubuh dan tutur bicara anda. Suara macam semut memang kami tidak dengar, suara macam penyanyi funfair kami tidak mahu dengar. Belajarlah "bercakap".

5. Penemuduga tengok penampilan anda. Maaf cakap, ada yang datang dengan seluar ketat, baju ketat macam bungkus pisang, tudung singkat nampak dada dan belah dada, kasut high heel 6 inchi macam nak buat catwalk, baju warna-warni bunga-bunga macam mahu pergi Mid Valley, pakai skirt ketat belah tepi, duduk bersilang kaki, kuku dicat merah, rambut pacak setinggi KLCC, jambang dan misai ala ala Wak D*****, gaya hipster memang NO NO NO. Paling kami tengok ialah gigi, ada yang bergigi kuning kesan rokok atau lupa gosok gigi, bulu hidung tidak dibuang, bau badan (aduhai). Jangan ingat majikan tidak nampak.

6. Penemuduga sudah buat research tentang syarikat tempat anda buat internship atau bekas majikan anda dahulu. Penemuduga biasanya akan tanya tentang pengalaman kerja tempat lama dan soalan bonus "Kenapa berhenti kerja di syarikat XXXX?" Kalau anda start jawab dengan memburukkan syarikat lama sebagai sebab anda cari kerja lain atau anda berhenti kerja, anda kena potong markah. Sebab kalau anda buruk-burukkan majikan lama , kami pasti anda akan burukkan syarikat yang sedang interview anda pula bila anda berhenti kerja nanti. Rahsia syarikat jangan dibuka walaupun anda sudah berhenti kerja. Jawab sahaja dengan baik dan beri jawapan "Saya mahu mencuba sesuatu yang baru bla bla bla"

7. Tinggalkan bilik interview dengan menolak kerusi dengan baik. Jangan bangun dan biarkan kerusi tidak disusun. Saya selalu jumpa calon bangun, tolak kerusi sehingga berbunyi kuat, meninggalkan bilik interiew tanpa mengucapkan terima kasih . Susah sangat ke hendak cakap "Terima kasih saya ucapkan kepada Puan XXXX kerana beri saya peluang untuk hadir temuduga, saya mendoakan kejayaan yang berterusan buat syarikat ini. Assalammualaikum"..fuh, sejuk hati penemuduga. Apalagi, tambah markah malah siap beri offer gaji lebih dari yang anda minta
Salam Sayang
#copypast for sharing

Thursday, 12 November 2015

Insprasi Cerita Haura Si Gadis

Dia study pun tidak. Bergaul dgn org pun tak. Bila buat majlis keramaian dia mesti tiada'
Seringkali aku terdgr org berkata sebegitu tntg dia.
Satu hari aku ambil keputusan utk tidur sebilik dgnnya. Kebetulan roomate masing-masing tiada.
------------
Cara dia study. Selepas isyak terus tidur. Lalu pukul 1 atau 2 pagi akan bangkit utk study. Sebelum study,dia akan solat sunat taubat,tahajud serta hajat.
Sepnjg aku duduk dgn dia,kwn dia AMAT jarang dtg bilik. Atau kata lain mcm tiada kwn lgsg. Kwn-kwn aku shj keluar masuk. Dia tidak kisah malah tidak ambil peduli.
Satu petang,aku ajak makan di luar. Perkara-perkara yg berlegar di minda aku tanyakan pada dia.
1⃣   Dia beritahu tanpa kemaafan dr Allah,dia takut ilmu Allah yg dia dapat tidak diredhai serta diberkati. Malah dia berpesan sebelum minta doa dr ibuayah,mohonlah kemaafan dari mereka dahulu.
2⃣  Dia tidak layak jdi kawan sesiapa. Dia tidak mampu pimpin tgn sesiapa lgi ke syurga. Dia tidak mahu menjdi kwn yg membawa kwn sndiri ke neraka.
3⃣  Pabila ada majlis keramaian,mesti ada yg bergosip kan? Tidak kurg juga bgi yg perempuan melihat crush masing-masing dan begitu juga dgn lelaki. Kdg pergaulan juga tidak terjaga. Dia tidak mampu mencegah lalu dia ambil keputusan utk tidak hadir wlpn ada mulut berkata-kata di belakang. Dia sambung kata para ulama' "Redha terhadap maksiat suatu maksiat dan redha terhadap kekafiran, kafir."
4⃣  Dia tahu tentang kata-kata org sekeliling tetapi Allah bersama dia. Niat dan hati dia Allah tahu. Itu sudah cukup.
-----------
Aku terpana jawapan dia. Aku sering meminta pertolongan dari Allah serta doa dari ibu ayah. Tetapi aku lupa memohon ampun serta maaf atas kesilapan aku. Tidak malunya aku.
Kawan aku ramai. Malah ramai yg masih tidak sempurna auratnya tetapi aku tidak pernah menegur. Aku lepas tgn sebegitu sahaja. Teringat aku saat dia bangun tahajud,aku terdengar dia merintih
'Allah,aku tidak mampu mencegah dia dari kemaksiatan. Ampunkan aku,Ya Allah.'
Malah,di majlis keramaian,aku juga curi-curi pandang crush aku. Malah bergosip dgn kwn. Mengumpat,bergosip seperti sudah menjadi agenda utama tiap kali pertemuan kami.
-------
Haura sekalian,ini adalah kisah benar. Sy menukar sedikit jln cerita setelah mendpt kebenaran dari dia.
Semoga kita dpt manfaat dari dia.
Biarlah salah di mata manusia. Allah tahu hati kita.
Salam sayang, @si_gadis
~copypaste~

Wednesday, 1 July 2015

Cinta ke Syurga Bersama-sama

Di saat kita berdoa, memohon kepada Allah agar didatangkan seorang lelaki yang baik untuk menjadi suami kita, Allah tidak serta merta menurunkan suami kita dari langit begitu saja..

Tapi jauh sebelum kita memohon kehadirannya bagi kita, ada seorang wanita yg terlebih dulu memohon kehadirannya kepada Allah, dalam rahimnya.


Wanita itu, dgn segala susah payah mengandungkannya dan melahirkannya, penuh doa dan harapan terhadap keselamatan bayinya. Wanita itu, siap menukar nyawanya di bilik bersalin, demi kehidupan bayi yg dilahirkannya. Wanita itu yg menyusuinya, memberikan siang dan malam waktunya utk merawat buah hatinya itu. Mendidik dan mengasuhnya dengan mengorbankan semua yg dimilikinya.


Menghabiskan masa mudanya, untuk membesarkan anakanda, kerana begitu besar cintanya terhadap puteranya. Anak lelaki itu tumbuh menjadi seorang pemuda yang baik dan gagah. Bayi yg telah dewasa itu adalah suami kita. Ternyata kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..


Dan kini…
Wanita itu telah menjadi seorang wanita tua. Tak ada yg dia harapkan selain cinta tulus dari puteranya. Setulus cinta wanita itu sepanjang hidupnya, semenjak mengandung dan membesarkannya hingga dewasa.


Maka...
Jgn rebut cinta suami kita dari ibunya. Biarkan dia mengisi satu tempat istimewa di hati suami kita. Satu sisi istimewa lain di hatinya pasti diperuntukkannya untuk kita. Relakan suami berbagi cinta untuk kita dan ibunya. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..


Mengalahlah, biarkan suami kita lebih mengutamakan kebahagiaan ibunya. Hormatilah dia, muliakanlah dia, sebagaimana kita menghormati dan memuliakan ibu kita. Kerana kita hanya wanita kedua dalam hidup suami kita..


Bantulah suami kita utk berbakti kepada ibunya. Bantulah suami kita 
menjaga pintu syurgaNya. Nescaya kita akan mendapatkan tiga cinta sekaligus. Cinta suami kita, cinta ibunya dan yang paling utama cinta Allah. Semoga pahala yg besar akan Allah berikan utk kita kerananya..

!
آمِينْ... آمِينْ... يَارَ بَّ الْعَالَمِي

*sharing from group whatsap

Tuesday, 14 April 2015

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
copypaste